GUA MUSANG: Lebih 500 penduduk di Kampung Brooke Lama, Pos Brooke, di sini, memohon pihak bertanggungjawab untuk menggantikan sebuah jambatan besi berusia 15 tahun di kampung itu yang semakin uzur.
Penghulu Rian Bujang, 48, berkata jambatan besi menyeberangi Sungai Belatop itu hanya boleh dilalui dengan motosikal atau berjalan kaki untuk penduduk membuat pelbagai urusan termasuk menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan Brooke.
Katanya, permohonan untuk membaiki dan menaik taraf jambatan telah dibuat sebelum ini, namun belum mendapat sebarang maklum balas dan tindakan daripada pihak berkenaan.
"Kami tidak kisah jambatan konkrit atau besi seperti ini asalkan lebih selamat untuk digunakan terutama kepada penduduk kampung ini," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Brooke Lama, di sini hari ini.
Menurut Along Ronggeng, 59, jambatan besi itu dibina sejak 2008 digunakan ratusan penduduk kampung termasuk murid dan pelajar sekolah setiap hari.
Katanya, penduduk umpama bertaruh nyawa apabila menggunakan jambatan itu kerana terpaksa berselisih dengan penunggang motosikal.
"Beberapa bahagian pada pagar dan lantainya rosak dan hampir tercabut. Keadaan pagar besi juga sudah rosak menyebabkan kami terpaksa tawakal terutama pada awal pagi ketika ingin menghantar anak ke sekolah.
"Jika ada kerosakan atau tercabut di mana-mana bahagian kami tidak dapat melihatnya ketika keadaan gelap," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata pihaknya mengambil perhatian terhadap aduan dan keperluan penduduk di penempatan itu dan akan mendapatkan maklum balas daripada pihak yang terlibat berkenaan status permohonan yang dihantar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023
Jambatan besi itu dibina sejak 2008 digunakan ratusan penduduk kampung termasuk murid dan pelajar sekolah setiap hari. - Bernama
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjuangan PBB banyak disekat oleh AS dan EU
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata tidak wajar menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah konsisten mengutuk tindakan israel dan berusaha gigih dalam membawa penyelesaian damai dalam isu ini.
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kesediaan Iran untuk bertindak balas dengan segera dan tegas menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka.
Perang Iran-Israel: Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
Iran nafi diserang Israel, anggap propaganda media Barat
Pegawai Kerajaan Iran mendakwa mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, untuk mengelirukan pandangan dunia.
AWANI Ringkas: Beras dibuang sebab telah rosak, tidak selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Letusan Gunung Ruang
Berikut adalah info berkenaan dengan letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara.
Penduduk Kampung Brooke Lama bertaruh nyawa gunakan jambatan uzur
Jambatan besi menyeberangi Sungai Belatop itu hanya boleh dilalui dengan motosikal atau berjalan kaki untuk penduduk membuat pelbagai urusan.
'Jambatan maut': Gadai nyawa anak, bapa mohon maaf
Abdul Jalil Sulaiman turut memohon maaf mewakili isterinya, Siti Zaharah Otman yang memuat naik video tersebut hingga tular di laman sosial Facebook pagi tadi.