BESUT:Penduduk kampung di Kuala Besut, Terengganu gempar apabila mendakwa kelibat seekor buaya muncul di kawasan pantai daerah berkenaan pada Rabu.

Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dikerahkan ke lokasi berkenaan selepas dihubungi penduduk bagaimanapun gagal mengesan reptilia berkenaan.

Jelas penduduk kampung tersebut, ia kejadian pertama seumpamanya berlaku di kawasan terbabit.

“Saya balik kerja tadi lepas Zohor, lepas tu dengar bunyi riuh budak-budak bersorak, mengatakan ada buaya.

“Buaya itu timbul sebentar, nampak belakang dia. Lepas tu dia selam dan tak timbul-timbul,” ujarnya.

Menurut penduduk kampung itu lagi, haiwan itu dikatakan berukuran lapan kaki.

Difahamkan, pasukan APM akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselematan penduduk sekiranya buaya berkenaan kembali ke kawasan tersebut.