Penduduk di Muar menafikan buah manggis yang dibawa pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu untuk dipasarkan ke China, dipetik di Muar.

Mereka mendakwa manggis hanya akan memasuki musim buah, Jun depan.

Tinjauan di Kampung Kesang mendapati pokok buah-buahan tempatan seperti manggis, durian dan rambutan sedang berbunga dan berputik.

Kebanyakan penduduk berkata, tidak masuk akal sekiranya bekalan manggis datang dari Muar sedangkan tragedi pesawat malang itu berlaku lebih sebulan lalu.

Bagaimanapun, penduduk tidak menolak kemungkinan manggis terbabit dihimpunkan di daerah Muar sebelum di bawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sebelum ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut menafikan manggis yang dibawa ke negara China adalah dari Muar.