Pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 dijangka diketahui selewat-lewatnya pada 2018.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pada masa ini, Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) telah mengenal pasti identiti 100 individu yang dapat dikaitkan dengan tragedi itu.
"Mereka perlu memanggil tiap seorang daripada mereka bagi menyiasat segala butiran dan apabila kita dah mengenal pasti siapa yang menembak, kemudian kita akan gunakan kuasa kita untuk gunakan mahkamah di Netherlands untuk mendakwa," katanya.
Liow menyatakan demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Pesawat Boeing B777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, apabila ditembak di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.
Mengenai MH370, beliau berkata laporan teknikal terperinci dijangka dikeluarkan pada awal tahun depan selepas proses pencarian seluas 120,000 kilometer persegi selesai dijalankan.
Beliau berkata pasukan pencarian yang melibatkan Australia, China dan Malaysia juga akan menangguhkan sementara proses pencarian jika masih gagal menemui pesawat berkenaan selepas selesai pencarian di selatan Lautan Hindi.
"Kita tidak akan berhenti, sebaliknya akan menangguhkan seketika proses pencarian pesawat itu sehingga mendapat petunjuk-petunjuk baharu," katanya.
Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac, 2014.
Sementara itu, Liow menegaskan kos terperinci projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) akan diumumkan oleh kerajaan dan meminta semua pihak supaya tidak memutarbelitkan isu berkenaan.
Beliau berkata jumlah RM55 bilion bagi pelaksanaan projek itu hanya anggaran dan belum dimuktamadkan.
"Sekarang belum lagi bagi projek ini kepada syarikat tersebut, ini setakat anggaran sahaja dan nothing is final (belum muktamad), sebab itu bila sampai ke perjanjian muktamad, kita akan beritahu setiap kilometer berapa kosnya, berapa terowong, berapa jambatan... tunggulah, sabar sikit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 15 2016
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pada masa ini, Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) telah mengenal pasti identiti 100 individu yang dapat dikaitkan dengan tragedi itu. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Suspek tembak jatuh MH17 ditahan di timur Ukraine
Leonid Kharchenko ditahan atas kesalahan lain di timur Ukraine ketika perbicaraan MH17 bermula pada Mac lalu.
MH17: Hentikan pendakwaan terhadap empat suspek - Chandra
Antara cadangan lain yang dikemukakan termasuk menubuhkan pasukan petugas perundangan untuk meneliti beberapa perkara berkaitan perundangan.
MH17: Ini info mengenai suspek di sebalik nahas
Kesemua suspek akan didakwa atas dua kesalahan iaitu atas sebab menjatuhkan pesawat MH17 dan membunuh 298 penumpang.
Info ringkas suspek perancang tembak MH17
Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) mendedahkan empat individu utama yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17.
Malaysia tak percaya Rusia yang jatuhkan pesawat MH17 - Tun Mahathir
Keputusan itu ekoran tindakan Jawatankuasa Siasatan Bersama (JIT) MH17 yang mengeluarkan Malaysia dari senarai asal lima negara peserta termasuk Australia, Brazil, Belgium dan Ukraine.
Pertemuan Mahathir-Putin: Isu MH17 mungkin dibincangkan
Bukti terbaharu tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 berkemungkinan menjadi isu utama dalam pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin
MH17: Malaysia terus komited bagi mencapai keadilan - Loke
Malaysia terus komited mencapai dan mendapat keadilan untuk mangsa yang terkorban dalam insiden tembakan pesawat Malaysia Airlines MH17.
Australia, Belanda dakwa Rusia dalang tragedi MH17
Menteri Luar Australia, Julie Bishop menuduh pihak Rusia atas tindakan yang menyebabkan pesawat Malaysia Airlines terhempas di timur Ukraine, hari ini.
Ukraine, Belanda bincang kerjasama siasatan nahas MH17
Semasa perbincangan, kesemua pegawai telah bertukar-tukar pandangan berhubung keputusan interim siasatan itu dan berikrar untuk terus menyelaras kerjasama mereka dalam Pasukan Siasatan Bersama.