SONG (Sarawak): Polis semalam telah menahan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, berhubung penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah sewa di Jalan Mission di sini pada 9 pagi Khamis.
Remaja yang merupakan pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini, ditahan pada kira-kira pukul 6.30 petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Song, DSP Rowney Michael Jalak berkata remaja itu yang merupakan adik kepada lelaki berusia 34 tahun yang membuat laporan polis, mengenai penemuan bayi itu.
"Hasil siasatan pihak kami, remaja perempuan itu yang merupakan adik kepada pengadu akhirnya mengaku bahawa dia adalah ibu yang melahirkan bayi lelaki tersebut.
"Remaja itu tidak mengaku pada awalnya kerana takut kepada keluarganya," katanya kepada Bernama petang semalam.
Rowney memberitahu, remaja itu tidak direman tetapi sebaliknya diletak di bawah jaminan polis kerana masih berada dalam keadaan lemah selepas melahirkan bayi lelaki seberat 2.5 kilogram dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Kapit.
Polis kini sedang menjejaki pasangan remaja perempuan itu yang berusia antara 15 hingga 16 tahun, yang merupakan kenalan sekolah suspek di sebuah sekolah menengah di sini.
Remaja lelaki itu tinggal di sebuah rumah panjang di Ulu Sungai Manap, Song yang hanya boleh dihubungi melalui sungai dan berjalan kaki.
Pada pagi Khamis, remaja perempuan itu telah memaklumkan kepada abangnya bahawa dia terdengar suara bayi dari semak di belakang rumah mereka.
Setelah menemui bayi lelaki yang cukup sifat tanpa pakaian dan masih berdarah di tali pusat, abang remaja itu kemudiannya membuat laporan polis.
Bayi lelaki itu telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Song bagi menjalani rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021
Bayi lelaki seberat 2.5 kilogram itu telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Song bagi menjalani rawatan. - Gambar hiasan
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Mangsa perahu karam di Song ditemukan lemas
Mayat Gawing Mancha ditemukan terapung pagi tadi di Sungai Rajang berdekatan sebuah kem pembalakan, 13km di hilir lokasi kejadian.
PRN Sarawak: Ayong Andam nekad jadikan Song sebagai hab pengeluaran kopi terbesar di Sarawak
Ayong Andam, yang merupakan bekas guru tidak menoleh ke belakang dalam usahanya menjadikan pekan itu sebagai hab pengeluar kopi terbesar di negeri itu.
Penemuan bayi dalam semak di Song: Remaja perempuan ditahan
Remaja itu yang merupakan adik kepada pengadu mengaku dia adalah ibu yang melahirkan bayi yang ditemui.
PRN Sarawak: Satu tidak cukup, penduduk Song harap mesin ATM ditambah
Dengan hanya ada satu mesin ATM pastinya tidak cukup bagi menampung keperluan penduduk yang semakin meningkat di Song terutamanya ketika hujung bulan.
PRN Sarawak: Warga Kampung Gelam mahu perkhidmatan van jenazah disediakan
Penduduk beragama Islam di Kampung Gelam, Song, memohon perkhidmatan van jenazah dapat disediakan bagi memudahkan pengurusan jenazah bagi kariah mereka.
Runner wanita Kapit kini terlantar akibat COVID-19
Hampir setahun menjadi 'runner', wanita hebat itu kini tidak dapat meneruskan perjuangan murni itu, apabila dia 'tumbang' akibat virus jahat COVID-19 sejak 10 hari lalu.
COVID-19: 178 kes positif, satu kematian di Sarawak
Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 178 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kes di negeri itu kepada 12,451.
COVID-19: Ketiadaan makmal di Kapit punca sampel menunggu tinggi
Ketiadaan makmal menguji sampel saringan COVID-19 di Bahagian Kapit menyebabkan jumlah sampel yang masih menunggu keputusan agak tinggi iaitu 3,050 setakat Rabu.
Banjir di Sarawak memburuk, 212 mangsa ditempatkan di PPS
Berbanding 150 pada jam 9.00 pagi, jumlah mangsa kini melonjak kepada 212 orang daripada 61 keluarga.
Samarahan daerah terbaharu dilanda banjir di Sarawak
Setakat jam 8.00 pagi tadi jumlah keseluruhan mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 150 orang.