MUAR: Penerbangan pertama bagi jemaah haji Malaysia pada tahun ini dijangka pada 4 Jun ini berbanding perancangan awal pada 31 Mei berikutan pengurangan jumlah jemaah yang akan menunaikan Rukan Islam kelima itu berbanding kebiasaannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata anjakan tarikh berkenaan juga adalah berdasarkan rundingan dengan syarikat-syarikat penerbangan.
Beliau berkata jika dahulu penerbangan yang melibatkan jemaah haji adalah berjumlah 80 penerbangan tetapi ia telah berkurangan sehingga separuh tahun ini.
"Manakala, bagi tahun-tahun sebelum ini jumlah jemaah haji adalah sekitar 30,000 orang, namun pada tahun ini, jumlah jemaah hanya 14,000 orang sahaja.
"Baru sahaja tadi (hari ini) saya bertemu Ketua Pegawai Eksekutif (Tabung Haji) tanya macam mana penerbangan haji dan beliau menjawab kemungkinan akan diganjak kepada 4 Jun kerana dulu 80 penerbangan sekarang dah jadi separuh," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Ar Rahnu Yapeim Akses dan Yapeim Gold Akses Muar di pekarangan Bangunan Mara, di sini.
Dalam masa yang sama, Malaysia juga masih menunggu keputusan Kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan kuota tambahan 5,000 jemaah bagi musim haji kali ini.
Sementara itu, berkenaan dengan Ar Rahnu Yapiem yang melebarkan sayapnya ke Muar, Idris berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan cawangannya di seluruh negara kepada 213 buah.
"Selain itu, di Muar ini juga dibuka cawangan kesembilan Ar Rahnu Yapeim Akses (Bergerak) dan juga cawangan kelima Yapeim Gold Akses yang menawarkan perkhidmatan skim mikro kredit, penjualan emas terpakai dan pembelian barang kemas dengan harga yang kompetitif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022
Anjakan tarikh penerbangan itu adalah berdasarkan rundingan dengan syarikat-syarikat penerbangan. - Gambar hiasan/ Bernama
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Penerbangan pertama haji tahun ini dijangka 4 Jun
Penerbangan pertama bagi jemaah haji Malaysia pada tahun ini dijangka pada 4 Jun ini berbanding perancangan awal pada 31 Mei.
Pemilihan jemaah haji: Giliran pada 2020 diutamakan, diikuti seterusnya - TH
Keutamaan pemilihan jemaah tahun ini berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.
Masih tiada kuota khusus ditetapkan Arab Saudi untuk jemaah haji semua negara
Kerajaan Arab Saudi masih belum menetapkan kuota khusus kepada semua negara yang bakal menghantar jemaah haji ke tanah suci Makkah pada tahun ini.