Implikasi terhadap cadangan polis untuk penetapan zon untuk menghalang motosikal memasuki kawasan tumpuan dalam pusat bandar perlu dikaji dan diteliti.

Walaupun menyambut baik usaha polis, ramai yang ditemui khuatir jika dilaksana kelak akan menyusahkan terutama kepada mereka yang menggunakan kenderaan itu.

Ketika ditemui orang ramai menyifatkan cadangan Polis DiRaja Malaysia untuk membanteras jenayah jalanan itu kurang menyeluruh.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan pendekatan itu telah dilaksana di beberapa negara maju dan terbukti berkesan dalam membanteras jenayah jalanan.

Sebelum ini, Tan Sri Lee Lam Thye daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dalam reaksinya berkata ini merupakan satu langkah yang inovatif yang harus diketengahkan.

Sila klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.