KUALA LUMPUR:Pengakuan bersalah Goldman Sachs Malaysia mampu memberi kesan positif terhadap proses mahkamah membabitkan kes skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar, keputusan tersebut boleh memberi ruang kepada pihak pendakwaan untuk mengemukakan tuntutan pampasan yang lebih tinggi.
“Maknanya apabila dia sanggup bayar dan mengaku bersalah di bahagian kita (undang-undang Malaysia) boleh mendesak lagi dan minta bayaran pampasan lebih lagi.
“Hal ini kerana pengakuan bersalah tersebut yang boleh membantu pendakwa raya untuk mendesak wang pampasan lebih tinggi,” ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis malam.
Sementara itu, Akhbar menjelaskan bahawa proses perundangan di Amerika Syarikat membolehkan Goldman Sachs mengelak daripada sabitan.
Bagaimanapun, beliau percaya undang-undang di Malaysia lebih ketat di mana pelaku kesalahan berkenaan masih boleh disabitkan atas jenayah berkenaan jika didapati bersalah berdasarkan Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Foreign Corrupt Practices Act itu adalah undang-undang di AS, tetapi kita di Malaysia ada Seksyen 17(A) dimana tertuduh (pesalah) tidak boleh melarikan diri daripada dikenakan hukuman setimpal.
“Saya pasti undang-undang di negara ini lebih ketat dan efektif,” jelasnya.
BACA: Unit Goldman Sachs mengaku bersalah di AS
Terdahulu, Goldman Sachs Malaysia pada Khamis mengaku bersalah terhadap konspirasi untuk melanggar undang-undang Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing (Foreign Corrupt Practices Act) di Amerika Syarikat (AS) dalam skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Reuters melaporkan, wakil Goldman Sachs muncul di Mahkamah Persekutuan pagi Khamis (waktu tempatan).
Astro Awani
Thu Oct 22 2020
Pengakuan bersalah Goldman Sachs Malaysia mampu memberi kesan positif terhadap proses mahkamah membabitkan kes skandal kewangan 1MDB, kata Akhbar. -Gambar fail
Lelaki bawa kereta di jambatan motosikal ditahan bersama dadah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu sekitar jam 8.45 pagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga lelaki disyaki terbabit kes pemerasan, larikan perunding hutang ditahan
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pemerasan dan melarikan seorang perunding hutang pada Selasa lepas.
Tumpuan Jumaat - 19 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Farhash Wafa tidak lagi jadi pemegang saham utama Heitech Padu
Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024.
Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah
Pihak berkuasa Perancis sebelum ini melancarkan sembilan operasi bagi membanteras pengedaran dadah di seluruh negara itu.
Perjanjian berkaitan pemulihan aset 1MDB tidak terperinci - Johari
Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs berkaitan pemulihan aset 1MDB pada 2020, dibuat dengan tidak terperinci.
Kerajaan Malaysia pertimbang prosiding ke atas bank asing terlibat dalam 1MDB
Bank asing tersebut didakwa memudahcara transaksi 1MDB tanpa proses Know Your Client (KYC) mengikut prosedur yang ditetapkan.
Johari kekal Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB
Datuk Seri Johari Abdul Ghani kekal sebagai Pengerusi Pasukan Petugas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi yang baharu.
1MDB: Goldman Sachs mohon jadi pencelah dalam permohonan SPRM
Goldman Sachs memohon menjadi pencelah dalam permohonan SPRM bagi mendapatkan dokumen daripada peguam Chetan Jethwani dan firma guamannya.
1MDB-Goldman Sachs: AGC fail respons kepada Pendaftar Mahkamah LCIA
Kerajaan perlu memfailkan 'Balasan' kepada Pendaftar Mahkamah LCIA dalam tempoh 28 hari dari tarikh permohonan untuk timbang tara difailkan.
1MDB: SPRM serah siasatan Roger Ng kepada PDRM - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata SPRM buat masa ini tiada keperluan untuk memanggil Roger Ng untuk siasatan.
1MDB: Kerajaan Malaysia nafi dakwaan Goldman Sachs
Kerajaan menafikan semua dakwaan yang terkandung dalam permintaan untuk timbang tara daripada Goldman Sachs Group Inc (Goldman Sachs).
Beri ruang polis jalankan siasatan terperinci kes Roger Ng - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini kerana kes itu melibatkan duit kerajaan dan rakyat.
Malaysia sedia bertindak balas terhadap tuntutan timbang tara Goldman Sachs - Johari
Kerajaan Malaysia sedia bertindak balas terhadpa tuntutan tersebut, bagi melindungi kepentingan rakyat di negara ini
1MDB: Goldman Sachs pula ambil tindakan saman Kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia didakwa melanggar tanggungjawabnya untuk mengkredit aset dengan sewajarnya terhadap jaminan yang disediakan Goldman Sachs