KUALA LUMPUR: Sejumlah wartawan tempatan dan antarabangsa mula berhimpun di luar Pintu 1 Istana Negara di sini seawal pukul 7.30 pagi berikutan spekulasi kuat yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menasihatkan tarikh pembubaran Parlimen.

Bagaimanapun, setakat pukul 12.30 tengah hari, tiada sebarang pergerakan kenderaan melainkan kenderaan yang keluar untuk membawa Agong.

Perdana Menteri dikatakan akan menghadap Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 4 petang ini.

Pertemuan itu bakal menjawab sama ada dilakukan sebagai rutin biasa bagi menyembah maklum keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Kabinet termasuk Bajet 2023, atau mempersembahkan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

Astro AWANI akan membawa perkembangan terkini dari semasa ke semasa.