KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat, Eropah dan banyak negara lain menunjukkan reaksi tegas terhadap konflik Rusia-Ukraine, tidak sekadar mengutuk Rusia tetapi juga mengenakan sekatan ke atas negara bekas Komunis itu.
Namun selepas seminggu operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, respons tegas daripada rantau Asia Tenggara masih belum kedengaran sehingga kini.
Sehingga Khamis, hanya Singapura dan Indonesia yang mengutuk sekeras-kerasnya operasi ketenteraan Rusia ke atas Ukraine sejak 24 Februari. Negara-negara lain di rantau ini menyuarakan kebimbangan mereka terhadap perkembangan di Ukraine dan mengharapkan penyelesaian secara aman. Bagaimanapun, mereka mengelak daripada mengutuk Rusia atau mengambil tindakan tegas seperti mengenakan sekatan.
Walaupun Menteri-menteri Luar ASEAN mengeluarkan kenyataan bersama pada Ahad lalu, menyatakan kebimbangan mendalam mereka terhadap situasi di Ukraine dan menyeru semua pihak menyelesaikan pertikaian mereka secara aman, namun ia dilihat sebagai satu kenyataan yang sopan dan lembut.
Seorang penyelidik di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS), Gilang Kembara, berkata respons negara-negara Asia Tenggara mencerminkan pendirian bukan berpihak yang diterima pakai sejak merdeka daripada penjajah dengan mempelbagaikan rakan keselamatan atau dagang mereka demi kepentingan negara masing-masing.
"Saya faham bahawa terdapat beberapa negara anggota yang masih tidak pasti mahu berpihak kepada siapa atau sekurang-kurangnya mereka mahu kekal berkecuali..., kerana itulah cara kita bertindak selama ini.
"ASEAN boleh membantu Ukraine dengan mula menyediakan bantuan kemanusiaan, seperti makanan, air, bekalan perubatan, dan lain-lain kepada rakyat Ukraine yang menjadi pelarian domestik," kata penganalisis Indonesia itu.
Beliau bercakap pada forum mengenai Wilayah Indo-Pasifik Pelbagai Hala dan Inklusif: Strategi dan Peluang Eropah untuk Malaysia dan Asia Tenggara, yang diadakan secara maya pada Isnin. Forum itu dianjurkan oleh Institut Maritim Malaysia (MIMA) dengan kerjasama Kedutaan Perancis di Malaysia.
Gilang turut menyatakan kebimbangannya bahawa tindakan Presiden Rusia Vladimir Putin mungkin mendorong pemimpin yang berfikiran autoritarian misalnya di rantau Indo-Pasifik, atau mungkin juga di luar wilayah itu untuk bertindak sepertinya dalam memenuhi cita-cita mereka.
Beliau berkata wujud kebimbangan bahawa perang di Ukraine akan menghakis tumpuan kuasa-kuasa asing di Indo-Pasifik, sama ada Perancis, mana-mana kuasa Eropah atau Amerika Syarikat, yang tumpuan mereka kemungkinan beralih ke Eropah.
"Apa yang berlaku di Ukraine sepatutnya menyedarkan negara-negara Asia Tenggara yang lain mengenai kemungkinan itu, bahawa terdapat kuasa autoritarianisme yang akan meluaskan cita-cita mereka dengan mengorbankan negeri-negeri kecil lain," katanya.
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis lalu mengumumkan "operasi ketenteraan khas" di Ukraine dengan tentera Rusia menawan banyak pekan dan bandar Ukraine. Rundingan antara pegawai Ukraine dan Rusia pada Isnin di sempadan Ukraine-Belarus tidak menemui titik persetujuan dalam menghentikan konflik itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 03 2022
ASEAN boleh membantu Ukraine dengan mula menyediakan bantuan kemanusiaan, seperti makanan, air, bekalan perubatan, dan lain-lain kepada rakyat Ukraine yang menjadi pelarian domestik. - AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
Bashar al-Assad umum letak jawatan dan tinggalkan Syria - Rusia
Bashar al-Assad, pemimpin rejim Baath Syria yang digulingkan memutuskan untuk meletak jawatan dan meninggalkan negara itu.
Rusia tutup konsulat Poland di St Petersburg
Tiga diplomat dari Konsulat Poland turut diisytiharkan sebagai 'persona non grata' dan diminta meninggalkan Rusia.
Serangan Rusia di Ukraine ragut 9 nyawa, 20 cedera
Rakaman di lokasi turut menunjukkan api marak dari bangunan yang musnah bersama beberapa kereta yang terbakar dengan mayat di dalamnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rusia tangguhkan World Friendship Games
Rusia menangguhkan penganjuran World Friendship Games, saingan kepada Olimpik, tanpa menetapkan tempoh baharu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Zelensky kemuka syarat baharu gencatan senjata, Moscow berdiam diri
Zelensky menyuarakan kesediaannya untuk menamatkan fasa "panas" konflik dengan Rusia sekiranya keanggotaan Ukraine dalam NATO dipercepat.
Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana (ATACMS) oleh Ukraine, yang dibekalkan AS.