SUBANG JAYA: Seorang penganggur diberkas kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis serta cuba menyamun mangsa di kawasan perumahan PJS 9 Bandar Sunway di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Abd Khalid Othman berkata, dalam kejadian pada jam 2 petang, suspek berusia 49 tahun itu menunggang sebuah motosikal memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan mahu memeriksa mangsa.
"Semasa pemeriksaan, mangsa telah melarikan diri dan suspek telah mengejar dengan motosikal lalu melanggarnya dari belakang.
"Mangsa telah terjatuh di atas jalan manakala suspek pula terjatuh ke dalam longkang berhampiran," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Abd Khalid berkata, suspek berjaya ditangkap oleh anggota polis yang berada di lokasi kejadian.
"Kita mendapati, suspek mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dagu," katanya.
Beliau berkata, pihaknya merampas sebuah motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dan sekeping kad berwarna biru mempunyai logo Polis Diraja Malaysia.
"Semakan ke atas suspek pula mendapati dia mempunyai tujuh rekod kes dadah dan satu rekod berkaitan kes jenayah.
"Suspek telah direman selama empat hari bermula Isnin hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 393 dan 170 Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 26 2021
Polis merampas sebuah motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dan sekeping kad berwarna biru mempunyai logo PDRM.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Penganggur menyamar anggota polis, cuba samun diberkas
Suspek berusia 49 tahun itu yang menunggang motosikal, memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan mahu memeriksa mangsa.