JOHOR BAHRU: Pengaruh rakan sebaya dan kerelaan diri sendiri merupakan penyebab utama seseorang individu itu terjebak dengan aktiviti mat rempit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Mohd Roslan Mohd Tahir berkata ia merupakan hasil dapatan kajian yang dilakukan pihaknya selama tiga tahun bagi mengetahui faktor seseorang itu terbabit lumba haram.
Menurut beliau menerusi kajian itu seramai 300 mat rempit tegar berusia 16 hingga 27 tahun di lima kawasan sekitar bandar raya ini, Seri Alam, Kulai, Skudai dan Iskandar Puteri ditemu bual dan didekati.
"Selama ini masing-masing menunding jari, mencari kesalahan (punca masalah mat rempit) ada yang menyalahkan kerajaan, keluarga dan masyarakat.
Hasil daripada kajian melibatkan koresponden mat rempit tegar yang ditemu bual secara personal. Ia bukanlah salah kerajaan, penguatkuasa atau keluarga kerana (hasil kajian yang dilakukan) mendapati ia adalah salah diri sendiri dan paling penting penemuan saya ialah 90 peratus adalah pengaruh rakan sebaya," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku "Rempit Barah Dalam Masyarakat - Salah Siapa?" di sini hari ini.
Mohd Roslan berkata masalah mat rempit boleh ditangani sekiranya pihak kerajaan menerusi badan-badan tertentu berterusan mengadakan program seperti kempen kesedaran.
"Antara penyelesaian kita dapat buat mungkin pihak berkuasa boleh mengadakan program untuk pemuda melalui kempen kesedaran...ibu bapa juga perlu main peranan untuk memberi nasihat," katanya.
Beliau yang menghasilkan buku "Rempit Barah Dalam Masyarakat - Salah Siapa?" yang dilancarkan hari ini berkata kajiannya mengenai mat rempit dibukukan menerusi penulisan pertamanya itu.
Mohd Roslan berkata buku berkenaan yang dijual RM30 senaskah menceritakan mengenai mat rempit secara keseluruhannya dan hasil-hasil kajian yang diperoleh.
"Mungkin buku ini tidak dibaca oleh mereka yang terjebak mat rempit, mungkin kawan-kawan mereka, jadi saya harap ia boleh memberi kesedaran dorongan sekali gus mereka dapat tahu apa impaknya kepada diri sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022
Kajian itu membabitkan seramai 300 mat rempit tegar berusia 16 hingga 27 tahun di lima kawasan sekitar Johor Bahru, Seri Alam, Kulai, Skudai dan Iskandar Puteri. - Gambar fail/ Bernama
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Rempit: JPJ saman bengkel potong brek untuk tingkat kelajuan
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 66 notis saman kepada lima bengkel yang dipercayai mengubah suai motosikal secara haram di sekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya.
21 bengkel disyaki ubah suai motosikal bagi tujuan merempit dikenal pasti
JPJ negeri turut mengeluarkan notis kepada pemilik bengkel tersebut kerana kesalahan melakukan pengubahsuaian motosikal.
Pengaruh rakan sebaya, kerelaan sendiri penyebab individu terjebak rempit
Pengaruh rakan sebaya dan kerelaan diri sendiri merupakan penyebab utama seseorang individu itu terjebak dengan aktiviti mat rempit.
'Mat rempit' bakal berdepan dengan hukuman lebih berat - JPJ
JPJ juga mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai yang tahu kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan kumpulan tersebut untuk melakukan aktiviti lumba haram.
Samseng jalanan, Bukit Aman tahan 9 termasuk 2 pelajar di PD
Polis menahan sembilan lelaki termasuk dua pelajar sekolah kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Lebuhraya Seremban-Port Dickson, dekat sini, semalam.
41 'mat rempit' remaja dikompaun, 99 saman dikeluarkan
Seramai 41 remaja 'mat rempit' ditahan kerana berlumba dan menunggang secara berbahaya serta dikenakan kompaun kerana ingkar SOP PKP.
Mat rempit kembali pamer lagak ala Superman di Terengganu
Mat rempit berkenaan menggunakan kelonggaran menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk kembali berlumba secara haram.
Terbalik jadinya, agungkan 'mat rempit', salahkan polis pula - Ayob Khan
Polis Johor meminta agar masyarakat tidak mengagungkan mat rempit sehingga menyalahkan polis yang bertugas membanteras kegiatan lumba haram di negeri itu.
Enam termasuk calon SPM ditahan berlumba haram
Polis menahan enam lelaki, termasuk seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kerana sedang berlumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini awal hari ini.
Ops Samseng Jalanan: Rempit kudung antara 91 ditahan
Walaupun kudung kedua-dua tangannya, namun seorang lelaki OKU masih berani merempit di lebuh raya.