KUALA LUMPUR:Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai pengasas aplikasi Sugarbook yang didakwa digunakan bagi tujuan tidak bermoral.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, tangkapan dibuat di pekarangan sebuah kondominium di Dutamas, di sini.
“Suspek yang berusia 34 tahun ditahan pada 4.30 petang. Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Shah Alam, pada Khamis.
“Siasatan awal mendapati suspek mengaku sebagai pengasas kepada aplikasi Sugarbook,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Baru-baru ini, masyarakat gempar apabila Malaysia diletakkan pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia di belakang India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan 'sugar daddy' paling ramai melalui aplikasi Sugarbook.
Aplikasi itu didakwa menyediakan platform untuk mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai 'sugar baby'.
BACA: SKMM sekat laman web Sugarbook
VIDEO: Sugarbook | Agensi agama sedia bantu mahasiswa Islam terjebak
Kes disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegusaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan.
Polis juga menjalankan siasatan mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan atas kesalahan terbabit dalam kegiatan pelacuran.
Afiezy Azaman
Wed Feb 17 2021

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai pengasas aplikasi Sugarbook yang didakwa digunakan bagi tujuan tidak bermoral. - Gambar hiasan

2 wanita maut dirempuh gara-gara berita palsu tsunami
Mangsa Kristina Lelu dan Lisa Deram Akamaking terbunuh ketika bersesak-sesak melarikan diri akibat panik.

Pasangan warga emas terperangkap banjir diselamatkan
Pasangan suami isteri warga emas yang terperangkap akibat banjir kilat di Kampung Laut Batu 9 1/2 Skudai berjaya diselamatkan pihak bomba.

#NoToLanun: Didik keburukan 'mencuri' sejak kecil - Sheila Rusly
Sheila Rusly berpendapat ibu bapa perlu memberikan pendidikan kepada anak-anak tentang keburukan mencuri sejak mereka kecil lagi.

Skuad projek FAM-MSN kenal pasti tiga pemain tunjukkan peningkatan ketara
Skuad 'ubi muda' Projek FAM-MSN telah mengenal pasti tiga pemain yang menunjukkan peningkatan ketara dalam bola sepak.
![[TERKINI] Semua sekolah di 7 daerah di Kelantan ditutup [TERKINI] Semua sekolah di 7 daerah di Kelantan ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900355/16572287721618711565616_640x360.jpg)
[TERKINI] Semua sekolah di 7 daerah di Kelantan ditutup

Pemakaman Putera Philip: Rakyat UK beri penghormatan terakhir
Rakyat di seluruh United Kingdom (UK) memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Putera Philip pada Sabtu.

AWANI Ringkas: Kadar R-Naught meningkat lagi | Tujuh pelajar Maktab Mahmud positif Covid-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kereta terbabas langgar pokok, 3 maut
Kemalangan tersebut mengakibatkan kenderaan terbabit remuk dan terputus dua bahagian.

Vaksin COVID-19: Golongan pendidik diberi keutamaan
Golongan pendidik dianggap sebagai kumpulan utama selepas majlis bandaraya mendesak agar sekolah dibuka semula.

Sekolah di tujuh daerah PKP di Kelantan ditutup
Menerusi satu surat pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, semua murid yang tinggal di asrama pula perlu kekal berada di asrama.

Pengasas Sugarbook tidak hadir sebutan kes, mahkamah keluar waran tangkap
Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asnaf Anuar Sharuddin memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh.

Garis Masa: Februari 2021 pun berakhir... antara sorotan berita penting bulan ini
Walaupun hanya 28 hari, tetapi banyak perkara besar yang berlaku di negara ini dalam tempoh tersebut.

KPT tubuh jawatankuasa khas tangani masalah sosial mahasiswa
KPT menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa bagi meneliti dan menangani masalah sosial semasa dalam kalangan mereka.

Pengasas aplikasi 'Sugarbook' dituduh esok
Pengarah Pendakwaan Selangor bersetuju untuk menuduh suspek di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Februari 2021.

Pengasas Sugarbook direman tujuh hari
Pengasas aplikasi janji temu Sugarbook direman tujuh hari di Mahkamah Tinggi di Shah Alam bantu siasatan dakwaan laman itu digunakan sebagai platform mencari perempuan simpanan.

Pengasas Sugarbook ditahan semula, bantu siasatan kes rogol, persundalan
Datuk Fadzil Ahmat berkata, penahanan lelaki berusia 34 tahun itu dibuat berikutan satu laporan polis daripada seorang pelajar institut pengajian tinggi pada 2019.

Batal diskusi vaksin saat akhir, Amzad berkunjung ke PPIM sambung perbincangan
Pembatalan yang disebabkan urusan tidak dapat dielakkan itu mencetuskan pelbagai tomahan dan tidak kurang yang menyifatkan beliau sengaja tidak hadir kerana mengelak daripada menjawab isu berkenaan.

Aplikasi Sugarbook: Pelajar kolej terkejut, kecewa gambar disalah guna
Seorang remaja perempuan membuat laporan polis di Kota Sarang Semut di sini, hari ini selepas mendapati gambarnya disalah guna dengan dimuat naik dalam aplikasi Sugarbook.

Pengasas Sugarbook ditahan
Siasatan awal mendapati suspek mengaku sebagai pengasas kepada aplikasi Sugarbook.