Lebih sejuta maklumat pangkalan data telah digunakan bagi tujuan memalsukan tandatangan rakyat dalam 'Deklarasi Rakyat'.
Pengaturcara Komputer bebas, Azharuddin Othman dalam akuan bersumpahnya mengaku membekalkan data yang diperlukan kepada Syarul Ema Rena Abu Samah yang turut dikenali dengan gelaran 'Ratu Naga'.
"Pada 27 April lalu, saya ditawarkan sejumlah RM5,000 untuk mendapatkan 1.2 juta pangkalan data dan dihantar kepada 'Ema' melalui email.
"Dia (Ema) kata, pangkalan data itu adalah untuk keperluan Tun Dr Mahathir bagi Deklarasi Rakyat yang akan dihantar kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong.
"Ema juga mengakui data itu perlu dipalsukan dan mencukupkan bilangan dengan cepat. Dia juga menyatakan Tun Mahathir tidak mahu namanya dilibatkan dalam penipuan ini," kata Azharuddin dalam satu sidang media di Kuala Lumpur pada Khamis.
Pada Mei lepas, Deklarasi Rakyat-Selamatkan Malaysia yang dilancarkan Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan telah melepasi sasaran sejuta tandatangan yang dijangka dicapai akhir tahun ini.
Jelas Azharuddin lagi, selepas semuanya selesai, dia hanya mendapat RM1,000 sahaja dan sehingga kini belum mendapat baki bayaran yang dijanjikan.
Menurut Azharuddin, dia menggunakan pangkalan data pilihan raya yang mengandungi maklumat pengundi yang dikongsikan antara kumpulannya.
"Jadi kita ada kawan-kawan, iaitu kumpulan saya yang berkerja sendiri secara sukarela pilihan raya.
"Sebagai seorang sukarela untuk pilihan raya, CD itu boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan tidak memerlukan jawatan," kata Azharuddin.
Azharuddin yang berasal dari Terengganu berkata dia mengenali Ema melalui seorang kawan, pernah jumpa berdepan dan berkomunikasi melalui whatsapp.
Dalam pada itu, Ema atau Ratu Naga melalui status Facebooknya mendakwa namanya digunakan untuk menyebarkan fitnah dan mencabar mereka yang bertanggungjawab untuk bersemuka dengannya.
Dia juga akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi menjelaskan isu berkenaan.
Dania Zainuddin
Thu May 26 2016
Pangkalan data itu didakwa untuk keperluan Tun Dr Mahathir (gambar) bagi Deklarasi Rakyat yang akan dihantar ke DYMM Yang Di Pertuan Agong. -Gambar fail
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Akuan bersumpah palsu, Chegubard buat laporan kepada SKMM
Laporan berhubung penyebaran akuan bersumpah palsu oleh beberapa laman facebook pro-'Deklarasi Mahathir.'
Pemalsuan SD: 'SAMM akan buat laporan polis' - Chegu Bard
Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin ia akan membuka kepada siasatan oleh forensik polis mengenai SD berkenaan.
Deklarasi Rakyat: 'Ratu Naga' sumpah laknat tidak kenal Azharuddin
Syarul Ema Rena Abu Samah yang turut dikenali dengan gelaran 'Ratu Naga' di alam maya, hari ini, membuat sumpah laknat bahawa beliau tidak kenal pengaturcara komputer bebas bernama Azharuddin Othman.
Pengaturcara komputer dakwa diupah palsukan tandatangan Deklarasi Rakyat
Azharuddin Othman dalam akuan bersumpahnya mengaku membekalkan data yang diperlukan kepada Syarul Ema Rena Abu Samah yang dikenali dengan gelaran 'Ratu Naga'.