Pengebumian Masing tak perlu SOP COVID-19, jangan buat spekulasi - Polis Sarawak

Astro Awani
Oktober 31, 2021 08:45 MYT
Aidi berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Umum Sarawak berhubung punca kematian Masing.
KUALA LUMPUR: Kebenaran mengurus jasad mendiang dan majlis penghormatan akhir tanpa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, Tan Sri James Jemut Masing adalah dibuat selepas mengambil kira mendiang merupakan pesakit bekas COVID-19.
Namun begitu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, pihaknya sentiasa memantau segala SOP ketika majlis penghormatan akhir yang dilakukan.
Untuk rekod, Masing dijangkiti COVID-19 pada 28 September 2021.
Malah Aidi berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Umum Sarawak berhubung punca kematian Masing.
BACA: James Jemut Masing meninggal dunia
BACA: Abang Johari sebak, pemergian Masing satu kehilangan besar buat Sarawak
"Jangan dahulu membuat spekulasi. Tunggu sehingga laporan penuh bedah siasat dikeluarkan oleh HUS," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Selain itu, Aidi turut menjelaskan laporan yang tular mengenai keputusan Ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) negatif adalah untuk hebahan dalaman Polis Kontinjen Sarawak.
Masing meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi Ahad Normah Sarawak Medical Centre, Kuching akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.
Masing sebelum ini telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19 pada 28 September lalu.
[TERKINI] Tan Sri James Jemut Masing dilaporkan meninggal dunia
[TERKINI] Belasungkawa | Tan Sri James Jemut meninggal dunia
#Masing meninggal dunia #Spekulasi kematian #Aidil Ismail #Polis Sarawak