Rata-rata berpendapat tindakan segelintir pihak menggesa rakyat negara ini memboikot barangan keluaran bukan Bumiputera tidak memberi kesan sama ada pada harga mahupun kepada ekonomi negara.
Sebaliknya, pengeluar tempatan perlu bekerjsama dan saling membantu demi memastikan pengeluaran tempatan tetap mendapat tempat dalam hati rakyat.
Itu yang dapat dirumuskan berdasarkan tinjauan yang dilakukan Astro AWANI pada Rabu.
Bagi Mohd Rostum yang merupakan seorang peniaga berpendapat rakyat Malaysia perlu berkerjasama bagi memastikan ekonomi negara bertambah maju.
“Kita memang perlu bersama-sama jika mahu maju, jadi boikot seperti ini perlu dihentikan untuk masa depan anak bangsa kita,” katanya.
Bagi Thulashni Paliah yang merupakan jurutera lif pula berpendapat, kempen boikot barangan bumiputera ini tidak akan berjaya.
“Boikot ini tidak akan berjaya. Ekonomi negara hanya akan maju jika kita rakyat Malaysia bersama. Kita perlu saling menyokong antara satu sama lain dan tidak boikot barangan tempatan,” jelasnya.
Menurut seorang kakitangan awam, Noraini Mohd Noor, rakyat Malaysia ada pilihan untuk memilih barangan yang hendak dibeli.
“Pada saya kita ada pendirian kita sendiri. Kita tahu memilih dan kita ada hak untuk memilih.
“Bagi saya, kita sendiri perlu fikir langkah mana yang lebih baik. Sampai bila kita mahu ikut langkah yang diambil oleh orang lain?” ujarnya.
BACA: Kempen boikot produk boleh timbul isu antara kaum - Anwar
BACA: Tiada boikot, mengapa Menteri Kewangan cepat gelabah? - Reezal Merican
Mereka mengulas tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melancarkan kempen mengutamakan pembelian produk Islam, di samping menggesa masyarakat Melayu Islam untuk memboikot barang buatan bukan Islam.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata tindakan memboikot terbabit tidak sepatutnya berlaku dan tidak akan memberi kesan sebaliknya hanya menimbulkan kemarahan.
BACA: Orang cetek fikiran saja mahu boikot produk bukan Islam - Tun Mahathir
Nursyazwani Saiful Sham
Wed Sep 04 2019
Pengeluar tempatan perlu bekerjsama dan saling membantu demi memastikan pengeluaran tempatan tetap mendapat tempat dalam hati rakyat. -Gambar hiasan
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
KBBM: Rakyat perlu bangga guna barangan tempatan - Fuziah
Rakyat perlu berbangga menggunakan barangan tempatan dan tidak seharusnya terus dijajah dengan produk-produk keluaran luar negara.
KPDNHEP sasar peningkatan 2.5 peratus bagi jualan barangan tempatan tahun ini
Alexander berkata, ia membabitkan nilai jualan sebanyak RM3.28 billion yang ingin dicapai.
Pengeluar tempatan perlu bersama-sama martabatkan produk tempatan
Rata-rata berpendapat tindakan segelintir pihak menggesa rakyat negara ini memboikot barangan keluaran bukan Bumiputera tidak memberi kesan sama ada pada harga mahupun kepada ekonomi negara.
Baitulmaqdis: Utamakan produk tempatan sebagai tanda protes
Langkah solidariti bersama rakyat Palestin itu relevan dan mampu dilaksanakan kerana kualiti barangan buatan negara juga setanding dengan barangan import terutama dari AS.