KUALA LUMPUR: Kurangnya kesedaran masyarakat tentang pentingnya pengurusan kewangan yang betul adalah punca sesetengah pihak gagal bangkit setelah dilanda krisis.
Menurut Perunding Kewangan Ieza Yusuf, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ada rasionalnya, namun tidak bermakna pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off itu tidak boleh dilakukan.
“Pendapat saya sebagai perancang kewangan, dalam keadaan semasa berlakunya wabak pandemik COVID-19 dan bencana banjir, rakyat berada dalam fasa gangguan emosi. Sebab itu, solusi yang ada hanya (pengeluaran) KWSP.
“Saya bersetuju untuk orang yang ada jumlah wang RM10,000 itu, untuk mengeluarkan wang tersebut disebabkan bagi memperbaiki emosi itu dahulu. Tetapi dengan syarat, kita mesti tahu ilmu cara mengurus," jelasnya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, adalah lebih baik sekiranya bakal pengeluar wang simpanan tersebut diberi pendedahan dengan pengurusan kewangan yang betul sebelum mereka menerima wang tersebut.
Itu jelasnya, bagi membolehkan kewangan yang bakal diterima boleh diatur dengan baik.
“Kerisauan saya adalah kalau kita lihat lebih 79 peratus rakyat Malaysia tidak ada wang kecemasan minimum iaitu RM1,000 dan ini adalah keadaan yang sangat membimbangkan. Kalau ia tidak dibendung atau tidak diberi kesedaran tentang pentingnya pengurusan kewangan seawal gaji pertama, keadaan ini akan sentiasa berulang," katanya.
Sebelum ini, bancian awam berkaitan pengeluaran KWSP i-Citra oleh Pemuda UMNO baru-baru ini mendapati 97.1 peratus atau 21,524 individu memerlukan pengeluaran RM10,000 secara one-off bagi meringankan beban ketika ini.
Bagaimanapun Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak bersetuju dengan pengeluaran tersebut dan bancian yang dilakukan oleh Pemuda UMNO itu tidak dapat dipastikan kesahihanya memandangkan tidak diketahui bagaimana ia telah dilaksanakan.
Raja Hisyam Raja Zaid
Mon Jan 17 2022
Di sebalik kemahuan pengeluaran, masyarakat juga perlukan didikan pengurusan kewangan yang betul. - Gambar hiasan
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Lebih 200,000 pencarum KWSP cukup simpanan asas menjelang usia 55 tahun
Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 227,000 pencarum KWSP mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang usia 55 tahun, setakat Februari lepas.
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
KWSP peruntuk RM250 juta, pacu pertumbuhan syarikat pertengahan
Usahasama ini sebahagian komitmen KWSP meningkatkan pelaburan dalam pasaran domestik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabur terbesar dalam pasaran domestik.
Hapus skim pencen, Cuepacs tidak tolak secara total
Cuepacs tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Caruman PERKESO, KWSP antara cadangan pindaan peraturan Finas
Finas sedang melaksanakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983 dalam usaha menjaga kebajikan penggiat industri veteran.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dividen KWSP: Berdosa jika degil
Pencarum KWSP beragama Islam digalakkan menukar daripada simpanan konvensional kepada syariah supaya 'simpanan' lebih bersih dan halal.