Kumpulan Media The Edge akan berusaha untuk menarik balik status penggantungan dua penerbitannya The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily dengan mengunakan saluran undang-undang termasuk dengan membawa kes itu ke mahkamah.
Tindakan itu diambil susulan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggantung permit kedua-dua penerbitan itu untuk tempoh tiga bulan berkuatkuasa dari 27 Julai ini.
“The Edge akan membawa kes itu ke mahkamah untuk menarik balik penggantungan tersebut,” kata ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media The Edge, Ho Kay Tat dalam satu kenyataan hari ini.
Di dalam kenyataan yang sama, The Edge memaklumkan bahawa KDN, menerusi sepucuk surat, telah menyatakan laporan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh kedua-dua penerbitan tersebut ‘memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menimbulkan keresahan umum atau mungkin memudaratkan kepentingan awam dan negara.’
KDN turut memberi amaran bahawa sekiranya ia gagal untuk menghentikan penerbitan selama tiga bulan, ia akan menyebabkan permit penerbitannya ditarik balik.
Melalui kenyataan yang sama, Ho berkata beliau kecewa dengan keputusan itu.
"Kami tidak melihat bagaimana mendedahkan kes penipuan untuk menipu rakyat Malaysia berbilion Ringgit boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang menjejaskan kepentingan awam dan negara.
“Ini adalah satu usaha untuk menutup operasi kami dengan menutup mulut kami," katanya lagi.
T K Letchumy Tamboo
Fri Jul 24 2015
Kumpulan Media The Edge akan berusaha untuk menarik balik status penggantungan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily dengan mengunakan undang-undang.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Dewan Rakyat: Kerajaan akan usul penggantungan enam bulan terhadap Wan Saiful
Usul itu akan dikemukakan selepas sesi soalan jawab lisan yang dijangka tamat kira-kira jam 12 tengah hari.
UMW Toyota jamin ketelusan susulan ketidakaturan prosedur Daihatsu
UMW Toyota Motor Sdn Bhd bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia untuk menangani ketidakaturan prosedur baru-baru ini dalam ujian model oleh Daihatsu Motors.
IOC gantung Jawatankuasa Olimpik Rusia
Lembaga Eksekutif (EB) Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Khamis mengumumkan untuk menggantung Jawatankuasa Olimpik Rusia berkuat kuasa serta-merta.
Pengendali Getafe tekad bantu Greenwood 'pulihkan status profesional' di Sepanyol
Manchester United menggantungnya pada Jan 2022 atas dakwaan berkaitan seorang wanita selepas imej dan video yang tular dalam talian.
Serie A gantung Jose Mourinho 10 perlawanan
Pengendali kelahiran Portugal itu tidak akan dibenarkan bersama di garisan tepi atau di bilik persalinan kelab pada hari perlawanan.
UEFA gantung Jose Mourinho empat perlawanan
Jurulatih Roma, Jose Mourinho telah dikenakan penggantungan empat perlawanan oleh UEFA kerana kelakuannya pada perlawanan akhir Liga Europa bulan lalu.
Mitrovic digantung lapan perlawanan selepas tolak pengadil
Mitrovic menolak Kavanagh selepas pegawai perlawanan itu melayangkan kad merah kepada rakan sepasukannya Willian, bulan lalu.
EPL: Manchester United gantung Cristiano Ronaldo jumpa Chelsea
Ronaldo mengakui adakalanya ketegangan boleh mengundang perkara menjadi di luar kawalan.
Hukuman gantung: Richard Branson, Stephen Fry mohon Singapura beri Nagaenthran pengampunan
Mereka menggesa presiden Singapura, Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong untuk memberikan Nagaenthran, 34, pengampunan.
Jerut kucing: Ganjaran RM5,000 kepada pemberi maklumat
Pelaku yang membunuh kucing bertindak kejam apabila menjerut dan menggantung haiwan terbabit di pagar sebuah rumah.