KUANTAN: Kadar penggunaan katil dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pahang yang masih tinggi menjadi penghalang kepada negeri itu untuk beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) lebih awal.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia di sebalik kadar peratusan vaksinasi di negeri itu sudah pun melebihi sasaran yang ditetapkan.
Menurut Wan Rosdy, semua kriteria telah pun dipenuhi kecuali penggunaan bilangan katil di ICU yang agak tinggi ketika ini.
"Kita telah memenuhi semua kriteria kecuali satu sahaja iaitu kadar katil di ICU tinggi dan dalam mesyuarat baru-baru ini saya bangkitkan dengan Perdana Menteri dan KJ (Menteri Kesihatan), diberitahu dalam mesyuarat itu.
“Daripada segi kadar vaksinasi kita (Pahang) sudah lepasi, kadar kebolehjangkitan pun bawah daripada satu. Semua sudah cuma satu itu sahaja (penggunaan katik ICU) dan kita mohon supaya Kementerian, MKN boleh pertimbang pertimbangan khas untuk kita beralih ke Fasa 3,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas tinjauan pemberian vaksin COVID-19 kepada pelajar berumur 16 dan 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin pada Selasa.
Wan Rosdy menjelaskan Kerajaan Pahang yakin akan dapat mencapai imuniti kelompok sebelum hujung tahun ini seperti dijadualkan.
Dalam pada itu, Wan Rosdy memaklumkan seramai 30,000 warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Pahang akan menerima suntikan dos pertama vaksin mereka pada penghujung September ini.
Astro Awani
Tue Sep 21 2021
Menurut Wan Rosdy, semua kriteria telah pun dipenuhi kecuali penggunaan bilangan katil di ICU yang agak tinggi ketika ini. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
COVID-19: Lima negeri catat penggunaan katil ICU melebihi 50 peratus - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima negeri mencatatkan penggunaan katil kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 melebihi 50 peratus di hospital dan Pusat Kuarantin
Kadar penggunaan katil ICU di 11 negeri di bawah 50 peratus - Dr Noor Hisham
Negeri-negeri itu adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Penggunaan katil ICU tinggi halang Pahang beralih ke Fasa Tiga PPN - Wan Rosdy
Kadar penggunaan katil dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pahang yang masih tinggi menjadi penghalang kepada negeri itu untuk beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) lebih awal.
Sistem kesihatan negara hadapi tekanan besar - Dr Noor Hisham Abdullah
Kadar penggunaan katil di ICU di di Lembah Klang sudah mencecah 113 peratus atau bersamaan 344 katil ICU untuk 377 pesakit COVID-19.
ICU lapangan di Hospital Kepala Batas beri 27 katil tambahan
Mesyuarat melibatkan pelbagai agensi yang berkaitan sudah diadakan dan mereka kini sedang melihat keperluan untuk hospital itu.
Katil wad ICU capai 100 peratus, penduduk Pulau Pinang bimbang, harap rakyat patuh SOP
Rakyat Pulau Pinang bimbang dengan perkembangan terkini pandemik COVID-19.
COVID-19: Penggunaan katil rawatan kritikal di Lembah Klang lebih 90 peratus - Dr Noor Hisham
Enam buah hospital yang mempunyai katil rawatan kritikal atau ICU merawat pesakit COVID-19 dilaporkan melebihi ambang amaran dan ada antaranya telah hampiri 100 peratus penggunaan katil.