KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan membakar 11 buah motosikal dan empat skuter elektrik di hadapan Suria KLCC, minggu lalu.
Azril Kamarunzaman, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan api iaitu dengan cara membakar kenderaan tersebut di parkir motosikal, hadapan Suria KLCC, Jalan Ampang di sini, pada jam 3.30 petang, 13 April lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Amalina Abu Hanifah mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM12,000.
Bagaimanapun, peguam, Muhamad Ridzuan Umar merayu agar ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan perlu menanggung isteri serta ibu bapanya.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Nu'aman membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Pada 13 April lalu, sebanyak 13 buah motosikal dan empat skuter elektrik terbakar di kawasan parkir pusat beli-belah Suria KLCC di sini.
Susulan itu, seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan selepas dikesan berada berhampiran lokasi kejadian sebelum kebakaran berlaku berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV). - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 19 2023
Lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan api iaitu dengan cara membakar kenderaan tersebut di parkir motosikal, hadapan Suria KLCC, Jalan Ampang di sini, pada jam 3.30 petang, 13 April lalu. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
Bekas kelindan lori lepas dan bebas pertuduhan bakar 34 motosikal di parkir PPR
Mahkamah melepas dan membebaskan bekas kelindan lori daripada pertuduhan membakar 34 motosikal di parkir PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil.
Penghantar makanan didakwa bakar motosikal, skuter depan KLCC
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan membakar 11 buah motosikal dan empat skuter elektrik di hadapan Suria KLCC, minggu lalu.