Pengeluar topeng hidung dan mulut tempatan akan mengeluarkan tambahan 400,000 keping topeng hidung dan mulut (tiga lapis) sehari untuk memenuhi permintaan pengguna dalam mengawal jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jaminan itu diberikan oleh pemain industri semasa sesi pertemuan bersamanya dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dua hari lepas.
"Sebelum ini, 90 peratus pengeluaran tempatan tertumpu kepada produk topeng hidung dan mulut untuk pembedahan dan kegunaan industri, namun susulan penularan penyakit koronavirus, permintaan topeng mulut dan hidung (tiga lapisan) meningkat dengan ketara di pasaran," katanya pada sidang media pada Jumaat.
BACA: Bekalan topeng penutup mulut dan hidung mencukupi
BACA: Koronavirus: Warga emas terkejut diherdik dron kerana tidak pakai topeng muka
Menurutnya penambahan pengeluaran 400,000 unit produk itu juga secara langsung mampu memenuhi keperluan pengguna sekali gus mengelak kejadian pembelian panik.
Pada masa yang sama, beliau turut menasihati peniaga supaya tidak menaikkan harga kerana topeng mulut dan hidung yang merupakan barang di bawah harga kawalan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 08 2020
Saifuddin bercakap pada sidang media di Kementerian Kewangan, Putrajaya, 7 Feb 2020. --fotoBERNAMA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
KPDN serbu premis jual barangan bersubsidi melebihi harga kawalan, tahan warga asing
Operasi itu adalah hasil usaha berterusan pihak berkuasa dalam membanteras aktiviti salah laku peniaga terhadap pengguna.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
Harga kawalan maksimum benih padi sah diselaras
Libatkan penyelarasan harga maksimum di pintu gudang syarikat pengeluar benih padi sah (BPS), daripada RM31 kepada RM40 per kampit 20 kilogram (kg).
Peruncit didenda RM10,000, jual telur lebihi harga kawalan
Sebuah syarikat peruncit didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, kerana menjual telur ayam melebihi harga kawalan yang ditetapkan.
Kerajaan tetap harga kawalan maksimum jualan beras di peringkat kilang, borong
Kenyataan itu menyebut ketika ini, harga pasaran beras putih import di peringkat runcit majoritinya masih berada di paras RM32 dan ke bawah bagi setiap beg 10 kilogram.
Skim Harga Maksimum: KPDN warta lapan barangan sempena Tahun Baharu Cina
Lapan jenis barangan dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) diwartakan sepanjang tempoh sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2023.
Kerajaan kekal pendirian kawal harga telur, tidak diapungkan
Kerajaan kekal dengan pendirian untuk mengekalkan harga telur di bawah harga kawalan dan tidak mengapungkannya.
Kerajaan teruskan dasar kawalan harga, subsidi ayam
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu dasar berkaitan mekanisme bersasar juga bakal dilaksanakan.
Kerajaan wartakan 11 barang makanan kawalan sempena Krismas - Salahuddin
Berdasarkan senarai KPDN, perbezaan harga kawalan runcit dan harga semasa bagi 11 barangan tersebut adalah antara RM1 ke RM8.
Ayam masih dijual bawah harga kawalan maksimum - KPDNHEP
Harga ayam runcit masih di bawah harga kawalan maksimum RM9.40 sekilogram.