TUMPAT: Polis mengenal pasti kawasan di Pengkalan Kubor, di sini, menjadi lokasi tumpuan untuk membanteras kegiatan penyeludupan mercun dan bunga api dari Thailand ke pasaran negara ini berikutan ia mendapat permintaan tinggi menjelang sambutan Aidilfitri pada bulan depan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Tan Seng Lee berkata pasukannya diarahkan membuat pemantauan di lokasi terbabit terutamanya lorong-lorong tikus yang menjadi laluan penyeludup melakukan aktiviti itu.
"Pengkalan Kubor menjadi lokasi 'panas' di jajahan ini bagi membawa masuk bekalan itu melalui pangkalan haram dekat sempadan Malaysia-Thailand.
"Kita telah melakukan sekatan jalan raya (SJR), pemeriksaan dan pemantauan ketat di kawasan terbabit bagi membanteras kegiatan penyeludupan mercun dan bunga api memasuki negara ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan Bazar Ramadan dekat Wakaf Bharu, di sini semalam.
Mengulas lanjut, Tan berkata setakat ini juga pihaknya telah berjaya membanteras tiga kes penyeludupan mercun di jajahan itu dengan nilai rampasan berjumlah RM30,000.
"Kita mendapati penyeludup membawa masuk produk berkenaan menerusi jalan darat setelah menggunakan bot dan sampan bagi menyeberangi Sungai Golok yang berdekatan kawasan terbabit," katanya.
Sementara itu, beliau berkata masyarakat diingatkan supaya mengisi borang balik kampung di balai polis berdekatan bagi memudahkan pihaknya membuat pemantauan di kawasan kediaman mereka.
"Orang ramai perlu mengambil langkah keselamatan sekiranya ada pergerakan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung dalam tempoh lama seperti lebih dua hari.
"Mereka boleh mengisi borang itu dan maklum kepada balai-balai terdekat supaya kita dapat tahu dan melakukan rondaan secara kerap bagi menangani kejadian jenayah seperti pecah rumah dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 27 2022
Pengkalan Kubor menjadi lokasi 'panas' di jajahan ini bagi membawa masuk bekalan itu melalui pangkalan haram dekat sempadan Malaysia-Thailand. - Foto fail
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Orang ramai diminta urus sisa mercun, bunga api dengan teratur
Tindakan berkenaan akan menyebabkan tong sampah rosak akibat terbakar sekali gus menyukarkan pekerja pembersihan melupuskan sisa domestik.
Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan
Pemantauan dan semakan itu bagi memastikan kaedah penyimpanan mercun tersebut mematuhi peraturan, antaranya, disimpan di kawasan selamat.
Dua lelaki main mercun pukul 4 pagi ditahan
Kedua-dua suspek mempunyai masing-masing dua dan empat rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah.
Polis sedang mengesan individu bermain mercun di balkoni pangsapuri di Meru
Kejadian bermain mercun itu dikatakan berlaku di tingkat 20, Residensi PR1MA Meru.
KPWKM nasihati ibu bapa awasi anak-anak main mercun, bunga api
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ingatkan ibu bapa agar sentiasa memantau dan mengawasi anak-anak ketika bermain mercun atau bunga api sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri.
Polis Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM217,000 sejak 25 Mac
Jumlah berkenaan membabitkan 39 kes serta tangkapan melibatkan 25 lelaki dan enam wanita warga tempatan.
Kanak-kanak empat tahun melecur akibat mercun
Mangsa melecur lebih 46 peratus pada bahagian muka dan badan kini berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.
Polis Pahang tolak permohonan jual mercun, bunga api dalam talian
Polis Pahang menolak 50 permohonan menjual mercun dan bunga api sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri setakat 10 April lepas, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Lelaki cedera parah di kedua-dua tangan akibat mercun diubah suai
Abang mangsa yang terdengar bunyi letupan kuat berdekatan rumahnya menyangka terdapat pergaduhan dan terus menghubungi polis.
Polis serbu kedai alat tulis disyaki jadi tempat penyimpanan mercun, bunga api
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.