SHAH ALAM: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin menasihati pengundi di negeri ini supaya membuat pilihan bijak memilih calon daripada parti yang sehaluan dengan Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Beliau berkata BN negeri bersama rakan kerjasama, Pakatan Harapan (PH) menawarkan kesinambungan pembangunan dan masa depan yang lebih baik kepada rakyat Selangor sejajar kedudukannya sebagai gabungan parti pemerintah di peringkat negeri dan Persekutuan.
Menurut Megat Zulkarnain rakyat tidak boleh menjadikan PRN pada 12 Ogos ini sebagai eksperimen, sebaliknya menggunakan peluang tersebut dengan memilih calon yang mampu meneruskan kesinambungan pencapaian kerajaan negeri dan membawa pembangunan di kawasan diwakili serta Selangor secara keseluruhan.
"Pengundi di Selangor tidak boleh menjadikan PRN ini sekadar eksperimen kerana beranggapan keputusannya tidak memberikan impak kepada Kerajaan Persekutuan sedia ada.
"Rakyat dan pengundi tidak boleh membenarkan kerajaan negeri yang akan dibentuk selepas PRN tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan kerana ia akan membantutkan segala pembangunan penting yang dirancang untuk kemajuan negeri Selangor," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Forum Keusahawanan dan Penjanaan Ekonomi anjuran Pejabat Senator Datuk Seri Zurainah Musa bersama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang menghimpunkan lebih 100 usahawan wanita di Ibu Pejabat SIRIM Berhad di sini hari ini.
Megat Zulkarnain yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia berkata beliau yakin pengundi di Selangor bijak menilai situasi politik semasa dan sedar setiap undi yang diberikan mereka amat bernilai dalam menentukan masa depan negeri yang lebih gemilang.
Dalam pada itu, beliau berkata tawaran atau manifesto lima tahun PH dan BN Selangor yang akan dilancarkan esok menjanjikan sesuatu yang bermanfaat kepada rakyat dan negeri serta boleh dilaksanakan.
Megat Zulkarnain berkata pembangunan dan kemakmuran dinikmati ketika ini adalah hasil perancangan baik oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari yang bijak mentadbir meneruskan kecemerlangan yang dilaksanakan BN sebelum ini sebelum PH mengambil alih kerajaan pada 2008.
"Dengan garapan dan gabungan pengalaman yang ada pada BN dan PH, saya yakin tawaran kita kelak pastinya akan lebih baik dan bermanfaat kepada rakyat secara keseluruhan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin berucap ketika hadir merasmikan Forum Keusahawan Dan Penjanaan Ekonomi di Auditorium SIRIM, Seksyen 2 hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pengundi Selangor tidak boleh anggap PRN sebagai eksperimen - Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain menasihati pengundi di Selangor supaya membuat pilihan bijak memilih calon daripada parti yang sehaluan dengan Kerajaan Perpaduan.
PRU15: 'Perbanyak tuisyen percuma, perkasa pendigitalan dalam pembelajaran' - Pengundi Selangor
Anak-anak Selangor memerlukan pendidikan yang berkualiti dalam memastikan kelangsungan pembangunan ekonomi negeri dan Malaysia khususnya.