KUALA LUMPUR: Pengunjung kawasan rekreasi air terjun khususnya di kawasan Hulu Selangor disaran supaya berwaspada dengan keadaan cuaca dan tanda-tanda kepala air bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata kepala air berlaku apabila hujan lebat terjadi di bahagian hulu sungai walaupun cuaca di lokasi orang ramai mandi adalah baik.
"Orang ramai perlu peka akan keadaan sekeliling dan kenal pasti tanda-tanda awal kepala air yang akan turun seperti perubahan warna air sungai, banyak sampah-sarap, ranting, dahan atau batu yang hanyut secara tiba-tiba.
"Selain itu, pantau juga paras air yang mungkin naik secara mendadak dan apabila kesemua ini berlaku, segera beredar ke kawasan lebih selamat," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai persiapan pihaknya terutama apabila negara diramal dilanda fenomena Monsun Timur Laut dan La Nina yang membawa lebih banyak hujan, beliau berkata anggota bomba Selangor telah dipersiapkan dengan latihan dan kemahiran khusus bagi operasi menyelamat.
"Selain itu, kami juga sentiasa mengenal pasti kawasan hotspot (titik panas) berlakunya bencana kepala air ini dan air terjun di Hulu Selangor seperti Sungai Pertak, Lata Medang dan Lubuk Makau adalah antara lokasi yang telah dikenal pasti," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata walaupun tiada kejadian terkini mangsa lemas atau maut akibat kepala air di daerah itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah akan sebarang risiko yang mungkin berlaku.
"Mereka yang ingin masuk ke hutan (untuk mandi-manda) dinasihatkan supaya maklumkan kepada polis (senarai nama pengunjung) atau lebih baik jangan masuk dahulu. Begitu juga dengan pemilik resort atau chalet supaya ambil pendekatan sama.
"Dari aspek persiapan, polis sentiasa bersedia secara rutin sama ada melibatkan anggota, latihan dan kelengkapan terutamanya apabila musim tengkujuh bermula," katanya.
Menurutnya, Sungai Inki; Sungai Kedondong; Air Terjun Sungai Pinang; Air Terjun Serendah dan Sungai Chilling, Hulu Selangor turut dikenal pasti sebagai kawasan berisiko berlaku fenomena kepala air di daerah pentadbirannya.
Baru-baru ini, selain fenomena berterusan La Nina yang menyebabkan peningkatan taburan hujan, Jabatan Meteorologi Malaysia turut meramalkan banjir besar akan melanda negara pada penghujung November depan ekoran fasa peralihan monsun bermula akhir September hingga awal November ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 04 2022
Pengunjung kawasan rekreasi air terjun khususnya di kawasan Hulu Selangor disaran supaya berwaspada dengan keadaan cuaca dan tanda-tanda kepala air bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. - Gambar hiasan/BERNAMA
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Geng Ayoi tumpas, tiga lelaki ditahan
Ketiga-tiga suspek yang berumur 23 hingga 32 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kuang pada 3 pagi.
Polis tumpas sindiket dadah bernilai lebih RM43,000, empat ditahan
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Hulu Selangor selepas menahan empat lelaki dan merampas 15.28 kilogram ganja.
Ajal selepas berbuka puasa
Setibanya di lokasi, penunggang motosikal Yamaha Y15ZR itu dipercayai terbabas sendiri di garisan tengah.
Ahmad Faizal kini Ketua Polis Daerah Hulu Selangor
Supt Pengajian Sains Kepolisan Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM Supt Ahmad Faizal Tahrim dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Selangor yang baharu.
PRU15: Calon BN tawar 11 aspirasi untuk penduduk Hulu Selangor
Calon Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor, Datuk T. Mohan menawarkan 11 aspirasi untuk penduduk di parlimen itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
MetMalaysia keluar amaran ribut petir di 12 negeri
MetMalaysia keluar amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku dan berlarutan hingga 9 malam ini di 12 negeri.
Pengunjung kawasan air terjun Hulu Selangor perlu peka cuaca, tanda kepala air
Kepala air berlaku apabila hujan lebat terjadi di bahagian hulu sungai walaupun cuaca di lokasi orang ramai mandi adalah baik.
Bekalan air di 188 kawasan Hulu Selangor pulih sepenuhnya - Air Selangor
Bekalan air di kesemua 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya pada jam 3 pagi pada Khamis.
LRA Sungai Rasa: Kerja penambahbaikan, penyenggaraan aset bermula ikut jadual
Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset ini dijangka akan siap pada jam 9 malam ini.
Gangguan bekalan air berjadual di Hulu Selangor 9-11 Ogos - Air Selangor
Ia susulan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa.