Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 512 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikut adalah lima perkara penting dalam kenyataan harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini:

1) Daripada 512 yang ditahan, seramai 452 individu telah dikompaun manakala 59 lagi direman.

2) Aktiviti kelab malam dan pub masih mencatatkan jumlah ditahan paling tinggi dengan 294, diikuti aktiviti yang menyukarkan penjarakan fizikal (103) dan acara keraian tertutup (56).

3) Kawalan di sempadan juga terus diperketat dengan 80 pendatang asing tanpa izin (PATI), enam penyeludup dan seorang tekong ditahan menerusi Ops Benteng.

4) Dalam pada itu, 28,063 individu dari 32 negara pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga 12 September.

5) Daripada jumlah itu, seramai 10,187 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 69 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.