ALOR SETAR: Seorang pengurus syarikat kerugian lebih RM1.2 juta selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket "Macau Scam" oleh seorang individu yang menyamar sebagai wakil daripada sebuah syarikat insurans pada Oktober tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah Supt Elias Omar berkata mangsa, seorang wanita berumur 46 tahun berasal dari Kulim itu menerima panggilan telefon daripada individu bernama "Sabrina" daripada Syarikat Insurans Etiqa yang meminta mangsa membuat pembayaran polisi berjumlah RM70,000.
"Mangsa yang menafikan pembelian polisi insurans itu kemudiannya telah diminta membuat laporan polis serta talian mangsa telah disambungkan ke Balai Polis Pudu. Mangsa telah bercakap dengan tiga individu yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Adam, Inspektor Mazlan dan Inspektor Yong.
"Individu berkenaan telah memaklumkan bahawa terdapat waran tangkap terhadap mangsa kerana terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram dan kes pembunuhan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata mangsa kemudiannya dihubungi seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Timbalan Pendakwa Raya bernama Puan Mastura bahawa dia membuat penangguhan waran tangkap namun mangsa perlu memberi kerjasama kepada pihak polis dan melaporkan aktiviti hariannya.
"Hasil siasatan mendapati, mangsa mengaku telah mendedahkan maklumat akaun bank dan kad kredit Bank Islam dan Bank Rakyat miliknya kepada suspek selain mendedahkan jumlah wang yang ada di dalam setiap akaun bank termasuk akaun Tabung Haji yang berjumlah lebih kurang RM1 juta.
Suspek telah mengarahkan mangsa membuat pindahan dari akaun Tabung Haji ke akaun Bank Islam sebanyak RM900,000 dan Bank Rakyat sebanyak RM200,000. Mangsa sedar dirinya ditipu apabila membuat semakan ke atas dua akaun miliknya pada 11 April lalu dan mendapati wang telah dipindahkan ke akaun pihak ketiga berjumlah lebih RM1.2 juta," katanya.
Elias berkata mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Lunas, Kulim, pada Isnin dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Pihak polis ingat menasihatkan masyarakat supaya jangan sesekali percaya dengan sebarang panggilan yang diterima mengaku dari mana-mana jabatan kerajaan atau institusi kewangan.
Sebelum membuat sebarang pembayaran semak status akaun di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my>semakmule atau menghubungi CCIS Response Center di talian 03-26101559/1599," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 19 2022
Mangsa dimaklumkan, terdapat waran tangkap terhadapnya kerana terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram dan kes pembunuhan. - Gambar hiasan
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.
"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.
Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.
PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.
Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.
43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.
Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.
Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2020 hingga Mei tahun ini.