Pengurusan kes tujuh pertuduhan Najib hari ini

Sinar Harian
Ogos 10, 2018 01:34 MYT
Najib tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.45 pagi. - Gambar fail/REUTERS
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bersidang untuk pengurusan kes bagi tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Prosiding berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan menetapkan tarikh dan tempoh perbicaraan bagi kesemua pertuduhan yang akan dijalankan serentak.
Mahkamah juga akan membincangkan permohonan perintah larangan bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan Najib
Najib tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.45 pagi dengan diiringi oleh anaknya, Norashman dan Nooryana Najwa, sementara peguam Najib, Tan Sri Shafee Abdullah pula tiba pada jam 9.05 pagi.
#bekas perdana menteri #Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur #Najib Razak #pecah amanah #pengurusan kes #Pertuduhan #Shafee Abdullah