HULU SELANGOR: Kira-kira 60 pengusaha tapak perkhemahan sekitar daerah ini kesal apabila Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengambil tindakan saman tanpa notis sejak beberapa hari lalu.
Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan tindakan MPHS itu sedangkan isu berkaitan pelesenan hanya akan dibincangkan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada Ahad ini.
Seorang pengusaha tapak perkhemahan Hulu Selangor yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Mee berkata, tindakan saman tidak sepatutnya diambil tanpa perbincangan antara pengusaha dan MPHS.
"Kami kesal kerana belum ada perbincangan mengenai urusan pelesenan dibuat, tetapi tindakan saman sudah bermula," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Difahamkan, MPHS kini agresif menjalankan pemeriksaan terhadap pengusaha tapak perkhemahan seluruh daerah Hulu Selangor selepas tragedi tanah runtuh mengorbankan 31 mangsa di Father's Organic Farm di Gohtong Jaya pada Disember tahun lalu.
Tindakan saman itu dilakukan mengikut Seksyen/Peruntukan Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa kebenaran (tapak perkhemahan).
Sehubungan itu, Cik Mee merayu kepada MPHS bertimbang rasa dan memberi masa kepada pengusaha tapak perkhemahan meneliti keputusan yang akan dibuat sewaktu sesi dialog awam bersama Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han pada Ahad ini.
"Modal kami kecil dan majoriti daripada kami masih belum mendapat pulangan modal perniagaan.
"Ini sumber rezeki kami untuk menyara keluarga terutama dalam keadaan ekonomi sekarang, kami tidak mampu hendak bayar saman," jelasnya.
Tambah beliau, MPHS diharap memberi ruang dan masa mencukupi untuk mereka menyediakan dokumen yang diperlukan.
Katanya, buat masa ini MPHS sewajarnya menghentikan sementara tindakan saman terhadap mereka sehingga penyelesaian 'menang-menang' dicapai antara kedua-dua pihak.
Sementara itu, seorang pengusaha tapak perkhemahan di Ulu Rening yang hanya mahu dikenali sebagai Adanan berkata, tindakan MPHS itu dianggap sesuatu yang mengejutkan kerana tidak menerima notis terlebih dahulu.
"Saya disaman RM1,000 dan paling saya kesal kerana tidak menerima apa-apa notis daripada MPHS," katanya.
Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada MPHS mengenai keluhan pengusaha tapak perkhemahan terbabit. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 28 2023
Pengusaha tapak perkhemahan di Hulu Selangor meminta MPHS tidak mengambil tindakan saman tanpa notis sehingga sesi dialog awam diadakan Ahad ini. - Foto Sinar Harian
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Pengusaha tapak perkhemahan kesal disaman tanpa notis
MPHS kini agresif menjalankan pemeriksaan terhadap pengusaha tapak perkhemahan seluruh daerah Hulu Selangor selepas tragedi tanah runtuh.
Isa Samad bersalah terima rasuah RM3 juta
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dituduh menerima wang berkenaan berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.
Kes rasuah RM3 juta: Nasib Isa Samad ditentukan pagi ini
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dituduh menerima wang berkenaan berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS).
Mohd Isa nafi terima RM3 juta daripada pegawai khasnya
Mohd Isa berkata beliau tidak pernah membincangkan ataupun bertanya kepada Zahid mengenai status pembelian MPHS.