JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pengutip besi buruk kerana disyaki menceroboh sebuah pusat kebajikan orang tua di sekitar Seri Alam dan merogol penghuninya, seorang wanita warga emas, tengah malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata lelaki berumur 45 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam Khamis di sekitar kawasan Desa Cemerlang, Ulu Tiram, dekat sini, susulan laporan polis yang dibuat oleh pemilik premis pusat berkenaan pada tengah hari, hari yang sama.
Beliau berkata kejadian disedari salah seorang penghuni di pusat berkenaan, yang ternampak kehadiran lelaki terbabit di katil mangsa sekali gus bertindak memaklumkan kejadian itu kepada penjaga pusat tersebut.
"Pemilik pusat kebajikan berkenaan dimaklumkan oleh penjaga pusat itu bahawa pada pukul 12.30 tengah malam, terdapat seorang lelaki telah menceroboh masuk melalui tingkap bawah pusat berkenaan yang tidak ditutup.
"Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kelihatan seorang lelaki menceroboh masuk dan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap warga emas yang sedang tidur," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Turut dirampas daripada lelaki itu pakaian yang dipercayai digunakan semasa kejadian iaitu kemeja T berwarna merah, biru dan putih, sehelai seluar panjang berwarna biru gelap tanpa jenama serta sepasang selipar.
Mohd Sohaimi berkata ujian saringan air kencing lelaki berkenaan adalah negatif namun siasatan mendapati tertuduh mempunyai satu rekod jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kediaman yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Lelaki terbabit turut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merogol yang boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Individu berkenaan direman mulai Khamis sehingga 17 November untuk siasatan lanjut, kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
Semakan rakaman CCTV mendapati kelihatan seorang lelaki menceroboh masuk dan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap warga emas yang sedang tidur. - Gambar hiasan
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Nahas helikopter Lumut: Video persiapan Raya jadi kenangan terakhir bersama arwah - Abang
Arwah dilihat begitu teruja membuat persiapan Aidilfitri dengan memesan langsir baharu berwarna putih dan keemasan.
S P Setia Berhad adakan Rumah Terbuka Raya 2024, kekal tradisi bertemakan batik
Pemaju hartanah terkemuka tempatan S P Setia Berhad menganjurkan sambutan rumah terbuka menerusi tema "Sentuhan Syawal, Setia Bersama" dalam usaha meraikan perpaduan komuniti Setia.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Pemuda didakwa rogol wanita warga emas
Seorang pemuda mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol seorang warga emas berusia 71 tahun di sebuah rumah, dua bulan lalu.
Pengutip besi buruk disyaki ceroboh, rogol di pusat kebajikan orang tua ditahan
Polis menahan seorang pengutip besi buruk kerana disyaki menceroboh sebuah pusat kebajikan orang tua di sekitar Seri Alam dan merogol penghuninya, seorang wanita warga emas, tengah malam Rabu.
Lelaki warga India didakwa rogol dan bunuh warga emas
Seorang lelaki gelandangan warga India dihadapkan ke dua mahkamah di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan membunuh seorang wanita warga emas bulan lepas.