Pemilik kedai barangan di Kampung Baru Gebeng, Kuantan mungkin terpaksa gulung tikar sekiranya aktiviti perlombongan bauksit di kawasan berkenaan berterusan.
Anas Ahmad, 60, yang menjual pelbagai barangan termasuk pakaian terpakai dan aksesori peribadi, berkata semua barangan di kedainya terletak di pinggir Jalan Kuantan-Kemaman, diselaputi debu merah ekoran pencemaran dibawa lori bauksit yang menghala ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ke tapak bijih bauksit.
"Kedai saya banyak barangan daripada kain seperti pakaian dan beg jadi apabila terlekat debu merah bauksit memang susah nak hilang. Kalau dilap pun hanya bertahan setengah hari selepas itu berdebu kembali.
"Perkara ini menyebabkan ramai pelanggan lari. Dulu ada juga orang luar Kuantan singgah ke kedai beli barangan. Pendapatan pun agak lumayan antara RM200 dan RM300 sehari, tetapi sejak pertengahan tahun lepas ada hari memang tiada langsung pendapatan," katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu, beliau berkata dia tiada pilihan selain akan menutup kedainya yang sudah beroperasi selama dua tahun, dalam masa terdekat.
Ditanya mengenai keputusan kerajaan mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula 15 Jan, Anas berkata cadangan itu bukanlah jaminan masalah pencemaran bauksit akan selesai.
"Ia hanya tiga bulan, selepas itu masalah akan kembali atau akan ada mereka yang mengangkut bijih bauksit sesuka hati dan tidak mematuhi prosedur ditetapkan seperti menyembur dahulu lori sebelum memulakan perjalanan bagi menghilangkan debu," katanya.
Anas berkata terdapat juga beberapa insiden menakutkan seperti tayar lori yang membawa bauksit tercabut, dan mereka memandu dengan laju serta tidak mengendahkan keselamatan penduduk kampung.
Masalah sama turut dihadapi peniaga kedai runcit di situ, Muhamad Iskandar Johari yang terpaksa mengelap semua barangan di kedainya setiap lima minit.
Katanya keadaan berdebu itu menyebabkan pendapatan daripada kedainya yang sudah beroperasi selama enam tahun, merosot sebanyak 50 peratus sejak enam bulan lepas.
"Ramai pekerja saya lari kerana bukan sahaja mereka tidak tahan dengan debu tetapi mereka juga sudah tidak sanggup mengelap barang-barang setiap lima minit.
Orang ramai pun tidak mahu membeli barangan terutama makanan apabila melihat banyak debu," katanya.
Beliau berkata walaupun aktiviti bauksit telah lama dijalankan, sejak pertengahan tahun lepas kesan debu semakin menjadi-jadi sehingga penduduk kampung terpaksa memakai 'penutup mulut' sepanjang masa bagi menjaga kesihatan.
Justeru, Muhamad Iskandar mencadangkan jika aktiviti perlombongan bauksit tidak dapat dihentikan terus, beliau berharap pemantauan dan penguatkuasaanlebih tegas dijalankan supaya kegiatan itu dilakukan tanpa mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat setempat.
"Mereka (lori bauksit) kena ada jalan sendiri. Jangan guna jalan utama yang boleh mengganggu aktiviti seharian penduduk setempat. Sekarang pun orang takut apabila dengar kawasan Gebeng kerana aktiviti bauksit," katanya.
Bernama
Fri Jan 08 2016
Pemilik kedai barangan di Kampung Baru Gebeng, Kuantan mungkin terpaksa gulung tikar sekiranya aktiviti perlombongan bauksit di kawasan berkenaan berterusan. - Gambar Bernama
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Kegiatan punggah keluar hasil galian, Pahang beri kerjasama kepada SPRM
Kerajaan Pahang akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk menjalankan siasatan kegiatan memunggah keluar hasil galian dipercayai mengandungi bauksit.
Lynas nafi ada kaitan dengan video tongkang muatan bauksit tenggelam
Kejadian itu bukannya berlaku di Malaysia dan bahan yang terkandung dalam tongkang itu adalah bijih nikel, dan bukan bauksit.
Bauksit: Cari 'kelompongan' dalam SOP baharu sepanjang tempoh percubaan
Tempoh percubaan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencari jika masih ada 'kelompongan' yang perlu dibaiki.
Pahang mungkin jadi tapak pelupusan sisa Lynas - Dr Mahathir
Pahang mungkin dipilih menjadi lokasi tempat pembuangan sisa Lynas jika ia diputuskan selamat oleh pakar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jumlah pembuangan pekerja menerusi skim VSS antara isu Dewan Rakyat hari ini
Datuk Seri Mustapa Mohamed mahukan penjelasan daripada Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran tentang peluang pekerjaan yang disediakan kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.
Nasib peneroka terlibat perlombongan bauksit jadi persoalan
Kebanyakan peneroka mahukan kerajaan membenarkan semula aktiviti tersebut diteruskan dalam tempoh terdekat.
Bauksit: Penduduk harap mimpi buruk tidak berulang dengan SOP baharu
Kerungsingan berkaitan debu merah juga menyelubungi peniaga kerana kedai makan yang diusahakan sejak 14 tahun lalu terletak di laluan lori bauksit.
Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit
Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, har
Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong
Tunku Azizah bertitah kain tersebut 'diilhamkan' apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya baginda terlibat dalam perlombongan bauksit.
Pengusaha bauksit mahu kerajaan tarik balik moratorium
20 pelombong berdaftar di bawah PPMNP berharap kerajaan dapat membuat pertimbangan memandangkan banyak pihak dalam industri itu menanggung kerugian.