BERDASARKAN dapatan Statistik Kecenderungan Perniagaan Suku Tahun Pertama 2021, peniaga dijangka lebih berhati-hati pada suku pertama tahun ini dengan mencatatkan -11.3 peratus berbanding -10.8 peratus pada suku tahun lalu.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, jangkaan itu dipengaruhi peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 yang mendorong kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak.
Menurutnya, sektor Industri merupakan sektor utama menunjukkan isyarat pemulihan namun masih dalam sentimen pesimis dengan petunjuk keyakinan -4.4 peratus pada suku tahun 2021 berbanding -7.5 peratus pada suku tahun keempat 2020.
“Penambahbaikan bagi sektor Industri ini disumbangkan oleh jangkaan yang lebih baik daripada subsektor Pertanian dan Perlombongan dengan petunjuk keyakinan masing-masing -6.4 peratus dan -24.7 peratus berbanding -24.1 peratus dan -40.9 peratus pada suku tahun lalu.
“Salah satu faktor yang menyumbang kepada pemulihan subsektor Pertanian adalah perspektif positif terhadap harga minyak sawit mentah yang dijangka meningkat pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA: Vaksin COVID-19: Ekonomi Malaysia dijangka kembali positif tahun ini
Tambahnya, keyakinan perniagaan yang lebih rendah oleh sektor Perkhidmatan, Perdagangan Borong dan Runcit dan Pembinaan dijangkakan pada suku tahun pertama 2021.
“Sektor Perkhidmatan dan Perdagangan Borong & Runcit mencatatkan petunjuk keyakinan iaitu masing-masing -15.0 peratus dan -11.8 peratus.
“Manakala, sektor Pembinaan kekal kurang memberangsangkan dengan -51.2 peratus pada suku tahun ini berbanding -39.1 peratus pada suku tahun sebelumnya,” ujarnya.
Dalam pada itu, merujuk kepada hasil kasar, 25.5 peratus responden menjangkakan hasil kasar mereka meningkat pada suku tahun pertama 2021 manakala 36.5 peratus meramalkan penurunan.
“Pada masa sama, 75.9 peratus pertubuhan meramalkan bilangan pekerja mereka kekal sama walaupun imbangan bersih -7.3 peratus.
BACA: Hampir 773,000 menganggur setakat Disember 2020 - Jabatan Perangkaan
“Selari dengan itu, 8.4 peratus pertubuhan berhasrat untuk menambah tenaga kerja, manakala 15.7 peratus pertubuhan pengurangan tenaga kerja pada suku tahun pertama 2021,” katanya.
Tambahnya, bagi tempoh separuh tahun pertama 2021, peniaga menunjukkan prospek perniagaan menyederhana dengan imbangan bersih keseluruhan -4.6 peratus berbanding -3.7 peratus yang direkodkan sebelum ini.
“Sektor Industri kekal optimis terhadap prestasi perniagaan dengan imbangan bersih +4.3 peratus bagi tempoh Januari sehingga Jun 2021.
“Sektor Pembinaan dan Perdagangan Borong dan Runcit turut meramalkan tinjauan perniagaan yang lebih baik walaupun masih dalam wilayah negatif bagi enam bulan yang akan datang.
“Imbangan bersih masing-masing dijangka -34.6 peratus dan -7.7 peratus berbanding -50.0 peratus dan -29.3 peratus yang dicatatkan bagi tempoh Oktober 2020 hingga Mac 2021,” ujarnya.
Jelasnya, sektor Perkhidmatan juga menjangkakan prestasi perniagaan yang mencabar pada enam bulan ke hadapan dengan imbangan bersih -11.7 peratus berbanding dengan -9.1 peratus bagi tempoh Oktober 2020 hingga Mac 2021.
Astro Awani
Fri Feb 26 2021
Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, jangkaan itu dipengaruhi peningkatan mendadak kes baru COVID-19 yang mendorong kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak. - Gambar BERNAMA
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
OIC gesa siasatan jenayah dilakukan terhadap Israel berhubung tahanan Palestin
Jumlah tahanan Palestin dilaporkan lebih 9,500 orang, termasuk 80 tahanan wanita dan lebih 200 kanak-kanak.
Menteri Kewangan Malaysia dan Indonesia bincang kewangan Islam, industri halal di Washington
Pertemuan di Washington diadakan ketika mereka mengetuai delegasi negara masing-masing ke Mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia 2024.
Peruntukan bersyarat kepada wakil rakyat pembangkang - Nga Kor Ming
Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta
Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).
SKMM sita telefon bimbit milik Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo
Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
Pantau Agenda Reformasi: Awas! Pihak main sentimen rakyat, ancam keharmonian
Apa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membendung tindakan pihak-pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mengancam keharmonian negara?
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.
PM Anwar, delegasi negara lawat Siemens Energy di Jerman
Lawatan itu merupakan agenda kedua Perdana Menteri pada selepas Mesyuarat Pre-Council pada sebelah pagi.