KUCHING: Susulan harga barangan mentah yang semakin meningkat, peniaga makanan dibenarkan untuk menaikkan harga jualan mereka dengan syarat tiada sebarang unsur mencatut, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid hari ini.
Beliau berkata terdapat keluhan dan rungutan daripada para peniaga yang mengatakan barang makanan yang dijual mereka terpaksa dinaikkan harga, kerana barang mentah yang mereka terima hari ini sudah terlalu tinggi.
"Mereka (peniaga) boleh menaikkan harga, tetapi keuntungan yang dapat tidak boleh terlalu tinggi. Peniaga memang mahu untung tapi janganlah melampaui keuntungan yang sebenarnya.
"Kita lakukan sesi libat urus dan di kementerian kita menjaga dari sudut perdagangan dan pengguna. Kita mahu peniaga berniaga dengan beretika dan pengguna tidak teraniaya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Rosol berkata demikian selepas meninjau pelaksanaan dan pematuhan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) di Pasar Komuniti Stutong yang telah bermula sejak 7 Dis lalu sehingga 4 Feb depan.
Turut hadir Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng.
Sementara itu, bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga ayam yang dijangka timbul selepas SHMKM tamat, Rosol berkata KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), telah mengeluarkan lebih daripada 20 Permit Kelulusan (AP) untuk mengimbangkan harga dalam pasaran.
Mengenai SHMKM, Rosol berkata kerajaan akan menilai semula kedudukan harga barang dan inflasi berdasarkan input dari Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), Kementerian Kewangan dan MAFI, sebelum memutuskan sama ada untuk melanjutkan skim itu atau sebaliknya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022
ROSOL: "Mereka (peniaga) boleh menaikkan harga, tetapi keuntungan yang dapat tidak boleh terlalu tinggi." - Gambar hiasan/BERNAMA
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Awas, jangan sesekali naikkan harga barangan sesuka hati!
Kerajaan tidak bertolak ansur dengan pihak yang menaikkan harga barangan.