KUALA LUMPUR : Penilaian terhadap Peguam Negara perlu dilakukan berdasarkan kriteria khusus atau pandangan umum, ujar Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis.
Jelasnya, langkah itu penting bagi memastikan Peguam Negara tidak ditukar kerana tekanan pihak tertentu.
"Penilaian Peguam Negara itu patut dilakukan berdasarkan template atau kriteria tertentu. Menurunkan atau melantik Peguam Negara itu perlu berdasarkan rekomendasi dan setelah dilantik, dia perlu dilihat berdasarkan performance. Kita tidak mahu Peguam Negara itu ditukar kerana tekanan pihak tertentu.
"Kalaulah sewenang-wenangnya (Peguam Negara) boleh ditukar kerana desakan-desakan tertentu, maka, saya tidak bersetuju dengan itu. Kita perlu ada kriteria khusus, atau pandangan umum seperti mana dilakukan hakim ini, rang undang-undang itu boleh dibuat penilaian kepada hakim-hakim seterusnya.
"Begitu juga Peguam Negara, kita meminta Majlis Peguam atau mungkin peguam-peguam di kementerian boleh diguna untuk menilai. Peguam Negara ini lantikan awam, jadi kita patut memberikan pihak awam menilainya," katanya semasa program Agenda AWANI pada Isnin.
Penilaian berdasarkan kriteria khusus itu juga katanya adalah lebih telus berbanding hanya kerana kepentingan dan desakan tertentu yang dilihat berniat sebaliknya apabila menukar Peguam Negara.
Malah, ujar Mujibi, walaupun penukaran Peguam Negara oleh Perdana Menteri dengan berdasarkan pilihannya adalah dibenarkan, namun, secara moralnya ia tidak baik untuk kepercayaan rakyat terhadap sistem perundangan negara.
Pada Sabtu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman semasa berucap pada majlis Taklimat Khas Presiden UMNO berkata, pelantikan Peguam Negara adalah atas nasihat Perdana Menteri dan beliau harus melantik 'orangnya' untuk memudahkan segala urusan.
Justeru Ahli Parlimen Pengerang itu membangkitkan persoalan, mengapa Perdana Menteri tidak menukar Peguam Negara jika kuasa penukaran Peguam Negara di tangannya sebagai pemimpin nombor satu negara.
Rahimah Abdullah
Mon Aug 29 2022
Penilaian terhadap Peguam Negara perlu dilakukan berdasarkan kriteria khusus atau pandangan umum, ujar Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
Kerajaan wajar lindungi kemuliaan, ketinggian institusi diraja - Pakar
Tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan menghina institusi diraja adalah wajar bagi melindungi kemuliaan, ketinggian dan peranan berkecuali institusi berkenaan.
Calon UMNO PRK Pelangai berdepan cabaran berat pertahan kerusi
Calon UMNO bakal berdepan ujian getir dalam mempertahankan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang.
Hari Kebangsaan: Cadang guna tema dan logo berbeza, khianati prinsip federalisme
Justeru Mujibu meminta Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas itu mempertimbangkan semula cadangan berkenaan.
Guna logo Pas di tiga negeri sahaja tidak memadai untuk kukuhkan jenama PN - Penganalisis politik
Mujibu berpandangan, isu lambang atau logo merupakan hal kedua, tetapi ia tetap menjadi antara pertimbangan utama bagi pengundi atas pagar
Penilaian Peguam Negara perlu dilakukan berdasarkan kriteria khusus - Penganalisis politik
Penilaian terhadap Peguam Negara perlu dilakukan berdasarkan kriteria khusus atau pandangan umum, ujar Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis.
Kempen PRU15: '22 bulan' jadi cabaran PKR - Penganalisis
Ia naratif mencabar buat PKR kerana dalam tempoh 22 bulan itu banyak isu yang belum selesai.
PRN Johor: Parti yang 'establish' cabaran besar buat parti baharu - Penganalisis
Meskipun ia membuka alternatif baru kepada pengundi namun mereka perlu bersedia berdepan dengan parti ternama.
PBM perlu buktikan kredibiliti, menangi hati rakyat - Penganalisis
Parti Bangsa Malaysia (PBM) perlu membuktikan kredibiliti mereka sebagai parti baharu yang memperjuangkan konsep berbilang bangsa.
PRN Melaka: Konsep Keluarga Malaysia beri gambaran kestabilan, sumbang kemenangan BN
Konsep Keluarga Malaysia dilihat diterima ramai, sekali gus memberi bayangan akan wujudnya kestabilan dalam negara.