Keadaan banjir di Terengganu masih mencatat peningkatan bilangan mangsa manakala situasi di Kelantan dan Pahang tidak berubah.

Menurut portal rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga jam 6.30 pagi seramai 23, 307 orang berbanding 21,013 yang terjejas.

Ia mencatat peningkatan sebanyak 2,294 mangsa.

Di Terengganu ia membabitkan 18,531 orang.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, 62 pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di lima daerah.

Manakala pusat berkenaan di Setiu dan Besut telah ditutup kerana keadaan telah pulih.

Kemaman masih mencatat bilangan mangsa terbesar dengan lebin 12,100 mangsa dan diikuti Dungun dan Kuala Terengganu.