KUALA LUMPUR: Peningkatan harga minyak sawit mentah (CPO) telah memberi kesan kepada perbelanjaan kerajaan dalam menstabilkan harga minyak masak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan akan melihat kepada beberapa kaedah dalam memastikan bekalan minyak masak sawit kekal dijual secara runcit dengan harga yang tidak membebankan pengguna.
"Keadaan sekarang, harga bagi satu tan metrik CPO di peringkat global telah melambung naik.
"Apabila kita meletakkan nilai ambang subsisdi beberapa tahun sebelum ini kepada RM2,500 bagi satu tan metrik CPO, sekarang ia telah naik melipat kali ganda iaitu lebih RM5,000 bagi satu tan metrik.
"Sekiranya ia terus melambung, sudah tentu ia memberi kesan kepada perbelanjaan bagi pelaksanaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.
"Kerajaan akan melihat kepada kaedah lain bagi memastikan bekalan minyak masak sawit mencukupi di pasaran dan juga memastikan minyak sawit dijual secara runcit pada harga yang tidak membebankan pengguna khususnya kepada golongan B40," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) yang ingin tahu kesan kepada Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak sekiranya CPO terus melambung naik.
Dalam pada itu, beliau berkata kajian bagi mengoptimumkan subsidi seliaan KPDNHEP dilakukan bagi memastikan ia dapat dioptimum, selain agihannya sampai kepada golongan sasaran.
Menurut Alexander, kajian berkenaan dimulakan pada 2021 dan dijangka selesai menjelang tahun depan.
Melalui kajian itu, katanya, aspek keberkesanan pelaksanaan program subsidi sedia ada akan dinilai, membabitkan keberkesanan penyampaian, mekanisme pelaksanaan, darjah ketirisan dan kos terbabit.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Nov 17 2021
Kerajaan akan melihat kepada beberapa kaedah dalam memastikan bekalan minyak masak sawit kekal dijual secara runcit dengan harga yang tidak membebankan pengguna. - Foto BERNAMA
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Pastikan persaingan saksama sebelum apung harga petrol - Pengarah MINDA-UKM
Kerajaan perlu memastikan persekitaran persaingan adalah saksama terlebih dahulu sebelum mengapungkan harga petrol.
Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah Malaysia mengakhiri minggu dagangan dengan ditutup rendah hari ini, menjejaki aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah.
Harga runcit petrol, diesel kekal bagi tempoh 21-27 Mac
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Mac 2024.
Harga petrol RON95, RON97, diesel kekal
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel, masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Mac 2024.
BNM mungkin kekalkan OPR sepanjang 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus sepanjang 2024.
Harga petrol, diesel kekal hingga 13 Mac
Harga itu berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Harga minyak: 'Tidak adil serang saya guna kenyataan 20 tahun lepas' - Anwar
Perdana Menteri berkata, kenyataan beliau dua dekad lepas berpandukan kepada keadaan pada waktu itu, yang sememangnya berbeza dengan sekarang.
Pasaran getah ditutup kukuh, SMR 20 catat paras tertinggi 24 bulan
Aliran menaik dalam pasaran fizikal juga selari dengan pasaran fizikal getah serantau di tengah-tengah kelemahan ringgit berbanding dolar AS.
Bursa Malaysia menyusut ekoran langkah pelabur dapatkan keuntungan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.79 mata kepada 1,550.80 berbanding 1,555.59 semasa ditutup pada Selasa.
Harga petrol, diesel kekal hingga 21 Feb
Harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM).