KUALA LUMPUR: Peningkatan jumlah penggunaan kenderaan di ibu negara yang mendadak akhir-akhir ini dikhuatiri menyumbang kepada fenomena pulau haba bandar (PHB) iaitu suhu di bandar lebih panas berbanding di kawasan pinggiran disebabkan pelepasan asap kenderaan bermotor yang semakin tinggi memasuki pusat bandar.
Pengarah Pusat Perancangan dan Pembangunan Inovatif, Universiti Teknologi Malaysia Profesor Dr Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussein berkata, fenomena itu disokong pula dengan faktor bangunan konkrit yang dibina rapat dan permukaan jalan berturap yang memantulkan haba hingga membentuk seakan-akan pulau yang memerangkap haba di kawasan berkenaan.
"Ada kajian yang dilakukan di daerah pusat perniagaan (CBD) Bukit Bintang, apabila kenderaan bersesak di jalan raya yang sekelilingnya dipenuhi dengan bangunan tinggi, asap yang dibebaskan tidak dapat dilepaskan ke udara, ia terperangkap yang mewujudkan bahang yang lebih panas.
"Situasi berkenaan boleh menjejaskan aktiviti penduduk di bandar dengan kos utiliti yang lebih tinggi selain meningkatkan penggunaan tenaga di dalam bangunan untuk menyejukkan keadaan sekali gus menambah kandungan gas rumah hijau," katanya kepada Bernama.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias baru-baru ini dilaporkan berkata jumlah penggunaan kenderaan di ibu negara bertambah dengan mendadak sehingga mencatatkan peningkatan 45 peratus iaitu 46.76 juta kenderaan sebulan pada Disember 2021 berbanding Disember 2019 sebanyak 26.51 juta.
Muhammad Zaly Shah berkata kebarangkalian fenomena PHB untuk berlaku sangat tinggi apabila cuaca panas dan kering dengan suhu meningkat antara satu hingga dua darjah Celsius berbanding dengan suhu normal.
Beliau berkata kualiti udara adalah lebih baik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerana pengurangan isi padu kenderaan yang memasuki Kuala Lumpur namun situasi itu kembali buruk selepas pelaksanaannya ditarik balik.
"Secara perbandingan, pada 18 Mac 2020 (semasa PKP) Indeks Kualiti Udara (AQI) di Kuala Lumpur ialah 50 mata, tetapi pada 1 Mei tahun ini ialah 72 mata. Semakin tinggi nilai AQI, semakin rendah kualiti udara," katanya.
Sementara itu, Peneraju Kluster Sumber Lestari, Alam Sekitar dan Kehidupan Pintar, Pusat IDEA Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Mohd Talib Latif berkata jumlah kenderaan adalah berkadar terus dengan pencemaran, semakin bertambah kenderaan, semakin tinggi pencemaran udara, bunyi dan gegaran.
Beliau berkata gas dan partikel halus yang dibebaskan kenderaan seperti gas karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan 'Particulate Matter 2.5' mempunyai kepekatannya yang agak tinggi apabila berada di jalan raya yang sesak.
"Walaupun bahan pencemar udara tidak semestinya mendatangkan bahaya kepada sistem pernafasan manusia secara serta-merta, tapi ia boleh memberi kesan kesihatan untuk tempoh jangka masa panjang selain menyumbang kepada kesan perubahan iklim dan pemanasan global melalui pembebasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 08 2022
Gas dan partikel halus yang dibebaskan kenderaan seperti gas karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan 'Particulate Matter 2.5' mempunyai kepekatannya yang agak tinggi apabila berada di jalan raya yang sesak. - Gambar hiasan
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
[TERKINI] Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Pemilik akaun X hantar komen jelik didakwa pada Jumaat
Pemilik Akaun platform X, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Taaiping, Perak pada Jumaat.
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya setakat 5 petang
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 5 petang ini, ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti Aidilfitri.
Pengusaha stesen minyak perlu bersedia hadapi peningkatan kenderaan
Pengusaha perlu membuat persediaan awal bagi memastikan bekalan minyak mencukupi bagi kegunaan semua kenderaan.
Daihatsu tangguh penghantaran semua model susulan isu keselamatan
Daihatsu telah mentauliah siasatan kepada jawatankuasa pihak ketiga bebas berhubung isu prosedur dan mendapati masalah pada 174 item dalam 25 kategori ujian.
Elegan dan premium, Honda lancar CR-V serba baharu
CR-V serba baharu menawarkan pilihan khusus untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelbagai pelanggan.
Orang awam diminta beri maklumat berkaitan bahan letupan tercicir
Sebuah kotak berisi bahan letupan dipercayai tercicir dari sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki pada Selasa lepas.
Jualan suku ketiga Perodua naik 28.3 peratus, pendaftaran lepasi 230,000
Setakat sembilan bulan pertama tahun ini, Perodua berjaya menghasilkan sejumlah 245,341 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 18.6 peratus.
Empat rumah kedai musnah terbakar
Kebakaran melibatkan empat unit rumah kedai dengan anggaran keluasan keseluruhan 80 x 80 kaki telah musnah sebanyak 90 peratus.
Aidiladha: Dua juta kenderaan dijangka di lebuh raya, patuhi TTA PLUS
Sebanyak dua juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) setiap hari menjelang Aidiladha yang disambut Khamis ini.
Lebih 81,000 kenderaan dijangka berada di Melaka sepanjang dua hari pertama Aidilfitri
Polis Melaka menjangkakan sebanyak 81,550 kenderaan berada di jalan raya di Melaka sepanjang tempoh dua hari pertama perayaan Aidilfitri.
Aidilfitri: Polis jangka dua juta kenderaan masuk Johor
Kesesakan luar biasa dijangka berlaku terutama di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.