Peningkatan kes COVID-19: Sidang Media Khas KKM

Firdaus Azil
Julai 13, 2021 08:44 MYT
Negara mencatatkan 11,079 kes, satu rekod tertinggi sejak pandemik bermula di dalam negara. Selangor mencatat rekod kes tertinggi dengan 5,632 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,521) dan Negeri Sembilan (1,033). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan sidang media Khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada jam 5 petang ini berhubung perkembangan situasi penularan pandemik COVID-19 di dalam negara terutamanya di Lembah Kelang.
Astro AWANI difahamkan sidang media tersebut disertai Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Setiausaha KKM Datuk Mohd Shafiq Abdullah, dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin awal hari ini mengumumkan Dr Chong sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas COVID-19 Greater Klang Valley.
Untuk rekod, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merangkumi 45 peratus kes kumulatif, dan 44 peratus kes kumulatif kematian.

Sidang media 'Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley' akan disiarkan secara langsung menerusi FB KKM pada jam 5 petang ini. #COVID19 #LindungDiriLindungSemua

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: COVID-19: 11,079 kes baharu, angka tertinggi negara sejak pandemik bermula
Hari ini, negara mencatatkan 11,079 kes, rekod tertinggi di dalam negara sejak pandemik bermula tahun lalu.
Selangor mencatat rekod kes tertinggi dengan 5,632 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,521 kes) dan Negeri Sembilan (1,033 kes).

Pada 13 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 11,079 kes. Pecahan setiap negeri: Selangor : 5,263 kes WPKL : 1,521 kes Johor : 406 kes Sabah : 239 kes Sarawak : 472 kes Negeri Sembilan : 1,033 kes Pulau Pinang : 234 kes pic.twitter.com/U0Bk5j8ajJ

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tonton sidang media KKM ini di Saluran 501, Live TV dan semua platform sosial media Astro AWANI pada jam 5 petang ini.
#Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah