Penjawat awam direman bantu siasatan kes rasuah RM35,000

Bernama
Ogos 4, 2022 04:56 MYT
Majistret Noor Diana Abd Aziz mengeluarkan perintah reman ke atas seorang penjawat awam (gambar) hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah RM35,000. --fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah RM35,000.
Suapan itu dipercayai sebagai balasan untuk membantu kes mahkamah yang dikendalikan oleh lelaki berusia 40-an berkenaan, yang bertugas di bahagian penguatkuasaan sebuah jabatan kerajaan di Terengganu.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Diana Abd Aziz setelah mendapat permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Menurut sumber SPRM, lelaki berkenaan ditahan pada 4.15 petang semalam di sekitar Kuala Terengganu, lanjutan daripada operasi yang dijalankan oleh pihak SPRM negeri.
-- BERNAMA
Seorang penjawat awam direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah RM35,000.
#penjawat awam #reman #bantu kes mahkamah #SPRM