Penjawat awam yang didapati terlibat dengan kegiatan politik tanpa kebenaran ketua jabatan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah mengeluarkan pekeliling membenarkan kumpulan pelaksana dari gred 1 hingga gred 40 terlibat dalam politik namun perlu mengikut syarat yang ditetapkan.
"syarat itu penting bagi memastikan tiada penjawat awam yang melanggar peraturan sedia ada," katanya.
Muhyiddin menegaskan jika terdapat mana-mana penjawat awam melanggar syarat tersebut pihak JPA tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.
Muhyiddin menjelaskan perkara tersebut selepas wakil penjawat awam Kedah mencadangkan kerajaan mengambil tindakan ke atas penjawat awam yang terlibat secara langsung dalam politik pembangkang.
Ini kerana ia dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada sektor awam apabila mereka terlibat dengan pihak pembangkang.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak mungkin dapat melaksanakan segala keperluan dan hajat rakyat tanpa perjuangan dan sumbangan daripada penjawat awam.
Baliau juga menyifatkan golongan ini sebagai tulang belakang kerajaan yang menterjemahkan dasar kerajaan supaya rakyat dapat menerima kesannya.
Beliau berkata, penjawat awam memainkan peranan yang penting bagi membolehkan kerajaan mencatatkan kemajuan negara.
"Bukan mudah untuk laksanakan tugas kita dimana sejumlah 28 juta rakyat, semuanya mempunyai aspirasi dan mahukan kerajaan membuat sesuatu untuk menambah baik kehidupan mereka demi kehidupan yang lebih selesa,” tambahnya.
Justeru, Muhyiddin berharap penjawat awam terus menampilkan imej perkhidmatan terbaik kepada rakyat bagi memudahkan urusan mereka.
Jika perkara tersebut dapat diteruskan beliau percaya penjawat awam dapat merealisasikan status Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Astro Awani
Thu Feb 21 2013
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naím Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naím Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
PPS SSPA ditubuh beri penjelasan tepat, elak kekeliruan penjawat awam - KPPA
Pusat Panggilan Setempat SSPA yang ditubuh JPA bertujuan memberi penjelasan tepat bagi mengelak kekeliruan berlegar dalam kalangan penjawat awam.
Penjawat awam beragama Hindu boleh guna CTR sehari sebelum atau selepas Deepavali - JPA
Mereka boleh memilih untuk menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali selama satu hari, sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua perayaan itu, bermula tahun ini.
Pencen dan pelarasan gaji dijamin, perkembangan karier lebih baik dengan SSPA
Seiring penambahbaikan sistem saraan itu, pegawai awam diharap dapat mempertingkat mutu kerja dan kecekapan perkhidmatan.
Pegawai awam dilarang buat pernyataan awam termasuk dalam media sosial - JPA
Shamsul Azri mengingatkan perkara berkenaan menerusi Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024.
Ketua Jabatan perlu buat pusingan kerja elak pegawai rasuah, salah guna kuasa - JPA
Semua Ketua Jabatan perlu melaksanakan pusingan kerja di organisasi masing-masing mulai Oktober ini.
Pegawai awam berstatus tetap, berpencen pilih SSPA tidak terjejas malah dapat pelarasan gaji
Pegawai awam berstatus tetap dan berpencen yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bukan sahaja tidak terjejas malahan akan menerima pelarasan gaji.
JPA laksana penyeragaman dan penggelaran semula jawatan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan penyeragaman dan penggelaran semula gred jawatan antara skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) secara menyeluruh.
JPA diminta keluar pekeliling berkaitan keseronokan bekerja
Baginya, suasana bekerja yang kondusif dan menyeronokkan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keberhasilan kerja yang cemerlang.