PUTRAJAYA: Penjawat awam perlu berminda terbuka dan positif dalam menerima serta melaksanakan pembaharuan dasar atau peraturan kerajaan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.
"Pembaharuan dan perubahan adalah sangat penting terutama dari segi amalan dan prosedur bekerja, supaya perkhidmatan kepada rakyat dan sektor perniagaan tidak terjejas, malah boleh dipertingkatkan lagi.
"Perkhidmatan awam hari ini perlu bergerak secara tuntas dan strategik dalam mendepani cabaran pasca COVID-19," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara maya hari ini.
Pada majlis itu beliau turut melancarkan Panduan Perkhidmatan Pelanggan Sektor Awam terbitan Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar JPA sebagai rujukan kepada penjawat awam yang bertugas di kaunter perkhidmatan setiap kementerian serta agensi kerajaan.
Susulan Kempen Jom Semak yang dilancarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali pada 25 Okt lepas, Mohd Khairul Adib berkata semua kementerian dan agensi kerajaan perlu bersikap lebih kritikal dalam membuat semakan terhadap peraturan sedia ada agar tidak membebankan rakyat.
"Ia bertujuan mewujudkan sistem peraturan yang berkesan, cekap dan bertanggungjawab dalam menyokong usaha merealisasikan matlamat pembangunan ekonomi negara," katanya.
Kempen Jom Semak adalah kesinambungan kepada pelaksanaan Dasar Negara Bagi Amalan Baik Peraturan melalui Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2021 bertajuk Dasar Negara Bagi Amalan Baik Peraturan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 22 Jun lepas.
Menyentuh pengurusan rekod perkhidmatan, Mohd Khairul Adib berkata penjawat awam perlu menguruskan rekod tersebut dengan baik bagi mengelak isu berkaitan urusan persaraan pada masa hadapan selain perlu mengemas kini maklumat peribadi masing-masing menggunakan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS).
"Ketua jabatan juga memainkan peranan penting dalam memastikan semakan Buku Kenyataan Perkhidmatan dengan penjawat awam dibuat secara berkala. Janganlah menganggap tugas yang diamanahkan ini sebagai tugas yang remeh-temeh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
MOHD KHAIRUL ADIB: Perkhidmatan awam hari ini perlu bergerak secara tuntas dan strategik dalam mendepani cabaran pasca COVID-19. - Gambar fail
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara palling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Penjawat awam, peniaga antara lima ditahan kerana mengugut
Polis berkata kesemua lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 43 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas dan semalam.
Cubaan timbulkan persepsi negatif, MCMC panggil pengendali MyNewsHub
MCMC berkata, pihaknya memandang serius penularan video tersebut, yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.
Kerajaan Pahang biaya kos rawatan penjawat awam negeri, pesara di SASMEC@IIUM
Kerajaan Pahang akan membiayai kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri itu di SASMEC@IIUM, Kuantan bermula bulan ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 April 2024.
Kerajaan komited cari jalan naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini - PM
Kerajaan akan mencari jalan dan berusaha menaikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kelantan, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan umum pemberian bantuan Aidilfitri
Beberapa lagi negeri hari ini mengikuti langkah kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri untuk penjawat awam negeri masing-masing.
Bantuan Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Kelantan
Kerajaan Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam membabitkan gred 56 ke bawah yang akan diagihkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Agensi penguatkuasaan dipantau rapi, elak kecurangan - PM Anwar
Pemantauan diharap dapat mengelak laporan berhubung aktiviti kecurangan seperti rasuah atau menyakau dalam kalangan penjawat awam.