Pentas Dewi Remaja kini dibuka

Asyraf Roslan
Oktober 15, 2019 11:55 MYT
Dewi Remaja akan turut menguji pengetahuan am para peserta di samping cabaran-cabaran lain. - Foto Astro AWANI/Asyraf Roslan
Misi pencarian Dewi Remaja kini diteruskan lagi.
Seramai 600 orang yang hadir ke ujibakat namun hanya 12 peserta yang berjaya menempatkan diri dalam pertandingan tersebut.
Apa yang menarik tahun ini, Dewi Remaja akan turut menguji pengetahuan am para peserta di samping cabaran-cabaran lain.
Para peserta juga akan dikuarintinkan selama program berlangsung namun masih diberi peluang untuk mengetahui perkembangan semasa melalui media sosial.

Nampaknya misi untuk mencari Dewi Remaja diteruskan lagi. Agak2 siapakah yang bakal membarisi Top 12 Dewi Remaja. Nantikan!@501Awani pic.twitter.com/kYjcuOv8EA

— Asyraf Roslan AWANI (@UAsyrafRoslan) October 15, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tahun ini Dewi Remaja turut menampilkan Amelia Henderson sebagai pengacara menggantikan tempat pelakon dan pengacara, Scha Alyahya.
Scha bagaimanapun dilantik menjadi juri tetap bersama dengan pengarah filem, Yusry Abd Halim.
Dewi Remaja 2019 akan mula ditayangkan sebanyak lapan episode bermula 26 Oktober 2019 jam 9 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.
#Amelia Henderson #Dewi Remaja 2019 #Scha Alyahya #ujibakat #Yusry Abd Halim