Penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mempunyai maksud tersirat bahawa Perdana Menteri merasakan Kabinet tidak memadai untuk menangani isu-isu ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat.
Tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin, selepas lebih lapan bulan mentadbir negara, kerajaan Pakatan Harapan (PH) belum berjaya menampakkan hasil yang boleh dirasakan oleh rakyat jelata.
"Kita tidak perlu berdolak-dalik bahawa semakin ramai rakyat jelata mula kecewa dengan prestasi kerajaan PH, termasuk dengan anggota Kabinet dan perkhidmatan awam.
"Saya rasa ramai orang tahu bahawa Perdana Menteri sendiri tidaklah terlalu gembira atau puas hati dengan prestasi anggota Kabinet," kata beliau lagi.
Kadir juga berkata, hal-hal yang hendak ditangani oleh Majlis Tindakan Ekonomi adalah perkara yang menjadi ujian kepada kerajaan sama ada berjaya atau tidak selepas diberi mandat oleh rakyat.
“Tak guna kita bercakap mengenai hal-hal yang tinggi melangit kalau perkara-perkara asas seperti harga dan bekalan makanan, pengangguran, pengangkutan, pelajaran, kesihatan dan perumahan rakyat jelata tidak ditangani dengan lebih baik daripada ketika kerajaan dahulu,” katanya.
Kadir percaya, rakyat yang sudah mengubah kerajaan pada pilihan raya umum lalu akan mengubahnya sekali lagi jika harapan mereka tidak dipenuhi.
Pada Isnin, kerajaan mengumumkan mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.
Matlamat utama majlis tersebut yang dipengerusikan Perdana Menteri adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Dalam masa sama, menteri-menteri PH dinasihatkan agar mengurangkan atau berhenti daripada mengamalkan budaya berswafoto dengan kakitangan sendiri.
Pemimpin-pemimpin ini juga, tegas tokoh wartawan, Datuk A. Kadir Jasin harus mengelak membuat tampalan Facebook, Twitter atau Instagram yang remeh-temeh.
"Kalau boleh atau kalau berani, tolong kawal anak bini supaya tidak hebahkan gambar dan cerita kemewahan melancong ke pergunungan Alps, menaiki jet peribadi atau terbang kelas pertama ke Monte Carlo," katanya dalam tulisan di blognya.
Dalam tulisannya, Kadir berkata, beliau melihat sendiri menteri yang disambut macam raja oleh pegawai sendiri dan dikawal amat rapi oleh polis apabila turun padang sehingga susah untuk rakyat jelata menghampiri mereka.
"Kalau setakat hendak disambut dan makan bersama pegawai kanan dari ibu pejabat tak payahlah susah-susah ke luar bandar atau ke rancangan Felda.
"Apabila ke luar bandar, ke rancangan Felda, Felcra atau kampung nelayan duduklah dengan orang kampung, peneroka, pekebun kecil, nelayan dan peniaga," ujar beliau.
Astro Awani
Tue Feb 12 2019
KERAJAAN Pakatan Harapan kata Kadir Jasin, belum berjaya menampakkan hasil yang boleh dirasakan oleh rakyat jelata. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
'Pemenjaraan Najib bukan sebab untuk rakyat gembira' - Kadir Jasin
Pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu kenamaan lain serta perbicaraan kes-kes rasuah berprofil tinggi bukanlah sebab untuk rakyat bergembira.
Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab
Kunjungan daripada pemimin UMNO itu langsung tidak membimbangkan malah ia sebenarnya perkara yang baik.
Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin
Menurut Kadir, UMNO mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan DAP untuk menarik sokongan bukan Melayu yang sudah tidak bersama Barisan Nasional.
Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing berusia 48 dan 45 tahun telah berusaha mengubah sejarah dan hala tuju negara.
[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman
Jemputan ke mesyuarat itu dihantar oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.
Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir
Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.
Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir
Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin menyeru ahli-ahli Bersatu agar bertenang dan memberi keyakinan penuh kepada pimpinan untuk menangani situasi politik semasa.
Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin
Beliau merayu kepada ahli MPT agar tidak memaksa beliau melanggar prinsip dan janji yang dibuat terhadap Anwar.
Hishammuddin, Khairy adalah masa depan UMNO
A Kadir percaya kedua-dua pemimpin yang dianggap sebagai Melayu moderat itu, mampu membawa kembali UMNO kepada prinsip kesederhanaannya
Berhenti cakap politik, buat kerja, pesan Kadir Jasin pada menteri
Video intim Sandakan yang tular baru-baru ini seolah-olah mempunyai kehidupan tersendiri dalam arena politik negara.