KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan memaklumkan penukaran paip lama kepada paip baharu mengambil masa lama kerana melibatkan pelbagai agensi dan syarikat utiliti.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, Datuk Azami Mohd Nor berkata, penukaran paip lama yang berada di dalam tanah juga memerlukan kelulusan daripada pelbagai agensi utiliti dengan proses kelulusannya yang juga mengambil masa.
"Januari tahun 2021, memohon geran sebanyak RM1.3 bilion bagi kita laksanakan kerja tukar paip lama dan uzur.
"Dan RM1.3 bilion ini bukan kita nak sekali gus tapi berperingkat, yang mana penukaran paip itu melibatkan banyak agensi kerajaan.
"Sebagai contoh, pada 2018 kita berjaya menyiapkan lebih kurang 50 daripada 100 kilometer lebih kerana melibatkan banyak agensi.
"Ini kerana sebahagian besar kabel berada bawah jalan, jadi kita memerlukan kelulusan pihak berkenaan dan ia memerlukan jangka masa panjang," kata Azami.
Tambah beliau, pihaknya mengenal pasti 4,006 kilometer daripada 8,161 kilometer paip lama yang memerlukan penggantian.
Bagi tujuan itu, kerajaan negeri telah membuat permohonan mendapatkan geran peruntukan daripada kerajaan pusat berjumlah RM1.3 bilion.
Permohonan itu dibuat pada awal Januari tahun lepas, namun masih belum mendapat kelulusan daripada kerajaan Persekutuan.
Azami juga memaklumkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) merekodkan sekitar 52 peratus air tidak terhasil (NRW) kerana masalah paip bocor dan uzur.
Ini bermakna, sekiranya AKSB mengeluarkan 100 peratus air, hanya 48 peratus yang sampai kepada pengguna, jelas Azami.
Kerajaan Kelantan melalui AKSB, katanya, komited untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih dan mengharapkan peruntukan itu dapat disegerakan.
Pada tahun ini, sejumlah RM68 juta peruntukan diluluskan bagi menukar paip sejauh 106 kilometer dan proses penukaran itu sedang berjalan.
Muhafandi Muhamad
Tue Jul 19 2022
Kerajaan negeri Kelantan memaklumkan penukaran paip lama kepada paip baharu mengambil masa lama kerana melibatkan pelbagai agensi dan syarikat utiliti. -Gambar fail/Astro AWANI
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Penukaran paip libat pelbagai agensi, ambil masa lama - Exco Kelantan
Kerajaan negeri mengenal pasti 4,006 kilometer daripada 8,161 kilometer paip lama yang memerlukan penggantian.