Kalangan penumpang membelanjakan kira-kira RM1 bilion, terutamanya bagi pembelian pakaian, fesyen serta makanan di lapangan terbang yang diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di seluruh negara, tahun lepas.
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata ada premis peruncitan di lapangan terbang berkenaan yang turut mencatat kenaikan jualan sebanyak 24 peratus pada tahun lepas berbanding tempoh sebelumnya.
"Walaupun premis itu dan bukannya MAHB mencatat jualan RM1 bilion, kami sebaliknya mendapat manfaatnya menerusi bayaran sewa. Oleh itu, ia membawa kebaikan kepada MAHB apabila premis berkenaan mencatat jualan tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan produk beridentitikan Pulau Pinang dikenali Seri Pinang di cawangan Agrobazaar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini, pada Jumaat.
Laporan sebelum ini menyatakan jumlah penumpang di 39 lapangan terbang kendalian MAHB di seluruh negara mencecah 96.54 juta orang pada 2017 berbanding 88.98 juta orang pada 2016.
Daripada jumlah itu, seramai 49.4 juta orang adalah penumpang antarabangsa manakala penumpang domestik sebanyak 47.14 juta orang.
Badlisham berkata MAHB akan meneruskan usahanya bagi mempromosikan pelbagai acara serta makanan Malaysia menerusi kerjasama dengan beberapa entiti bagi kemudahan penumpang berbelanja.
Mengulas jumlah penumpang bersempena sambutan Tahun Baru Cina dua minggu lagi, Badlisham berkata ia dijangka meningkat tiga kali ganda berbanding anggaran 50,000 orang sehari di klia2 dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini.
"Peningkatan jumlah itu dijangkakan bagi penumpang yang tiba dan berlepas," katanya.
Badlisham berkata MAHB juga akan memulakan sistem bagi penumpang meletakkan sendiri bagasi masing-masing pada minggu depan bagi mengurangkan tempoh menunggu dan barisan panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2018
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata ada premis peruncitan di lapangan terbang berkenaan yang turut mencatat kenaikan jualan sebanyak 24 peratus pada tahun lepas berbanding tempoh sebelumnya.- Gambar fail
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam
Tourism Malaysia lancar Malaysia Midnight Sale 2024 di Johor Bahru bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berbelanja dan bermalam di Johor.
Berbelanja dari rumah, Go Shop tawar diskaun sehingga 60 peratus
Kempen Jualan Pertengahan Tahun Go Shop menawarkan potongan sehingga 60 peratus.
Ini bulan untuk beribadah, bukan bulan untuk membazir!
Masyarakat Islam juga disaran supaya melipatgandakan amalan mulia dan meninggalkan perbuatan yang akan hanya merosakkan pahala berpuasa.
Penumpang belanja RM1 bilion di lapangan terbang MAHB pada 2017
Kalangan penumpang membelanjakan kira-kira RM1 bilion, terutamanya bagi pembelian pakaian, fesyen serta makanan di lapangan terbang yang diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Deepavali: Ramai hati-hati berbelanja kerana kenaikan harga barang - Peniaga
Golongan yang menyambut perayaan Deepavali tahun ini membuat pelarasan dalam perbelanjaan persiapan berikutan kekangan kuasa berbelanja.
Tekanan ekonomi bukan salah kerajaan, tapi faktor luaran - Tengku Razaleigh
Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mahu rakyat tidak boros berbelanja tetapi mesti bijak menabung wang bagi menghadapi sebarang kemungkinan kemerosotan ekonomi negara.
#JimatRaya - Gelagat warga kota berbelanja saat akhir
Warga ibu kota berbelanja pada saat akhir di Jalan Tuanku Abdul Rahman bagi mendapatkan tawaran harga terendah.