KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori di Jalan Taman Setiawangsa berdekatan simpang masuk Masjid Mu’adz Bin Jabal di sini pada Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian pada jam 2.15 petang itu, lori berkenaan datang dari arah Jelatek menghala ke Keramat AU.
"Setibanya di tempat kejadian, tiba-tiba datang penunggang motosikal dari arah yang sama cuba memasuki lorong kanan jalan telah bergesel di bahagian sisi kiri lori.
"Lelaki berusia 21 tahun itu terjatuh dan digilis oleh lori berkenaan. Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sarifudin memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai nahas itu boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Oct 29 2021
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian di Jalan Taman Setiawangsa berdekatan simpang masuk Masjid Muadz Bin Jabal, pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Gempa bumi Taiwan: Seorang terbunuh, lebih 50 orang cedera
Seorang terbunuh dan lebih 50 orang cedera selepas beberapa siri gempa bumi kuat melanda pantai timur Taiwan.
2 maut bas persiaran terbalik di Bentong
Dua penumpang yang maut melibatkan seorang lelaki warga asing manakala seorang wanita yang tidak dapat disahkan kewarganegaraannya.
Dua rakan lemas ketika mandi di Pantai Teluk Lipat
Mohammad Atiff Farrdugi Zainudin dan Muhammad Danish Mikail Abdullah, ditemukan lemas manakala Ahmad Azril Farhan Mat Zain, selamat.
Lelaki ditahan disyaki pukul ibu hingga maut guna kasut keselamatan, tukul besi
Suspek 33 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu ditahan di tempat kerjanya di Taman Sentosa, Klang.
Lelaki dikejar hingga ke kedai kopi sebelum maut ditetak
Pemandu lori berusia 27 tahun dipercayai dibunuh oleh dua lelaki bersenjata parang dan sabit.
Wanita hamil maut motosikal dinaiki berlanggar dengan van klinik pergigian
Seorang wanita Orang Asli yang hamil empat bulan maut selepas motosikal dinaikinya berlanggar dengan van klinik pergigian di Kilometer 37.8 Seremban-Tampin, Pekan Kota di sini petang tadi.
Jumlah korban kilang terbakar di New Delhi meningkat kepada 11 orang
Menurut bomba, identiti mangsa yang rentung, semuanya pekerja kilang, masih belum dapat dipastikan.
Seorang maut, 22 cedera dalam insiden tembakan di Missouri, AS
Kejadian berlaku di Union Station ketika orang ramai berkumpul menyaksikan perarakan pasukan Kansas City Chiefs.
Pelajar OKU maut motosikal ditunggang bertembung kereta
Seorang pelajar OKU maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Klebang Besar, Melaka.