PUTRAJAYA: Penunggang perkhidmatan p-hailing bakal disyaratkan untuk memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL) apabila beberapa akta sedia ada dipinda bagi memastikan perkhidmatan p-hailing di negara ini diselia dengan baik.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas bersetuju supaya Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] dipinda.
"Pindaan ini bertujuan pengawalseliaan serta penetapan peraturan, dan ia akan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan sesi dialog bersama wakil persatuan e-hailing dan p-hailing di sini hari ini.
Beliau berkata ketiga-tiga rang undang-undang bagi meminda akta terbabit akan dibentangkan untuk perbahasan dan kelulusan Parlimen di dalam sesi akan datang.
Merujuk kepada syarat memiliki lesen GDL itu, Wee berkata ia dilaksnaakan bukan untuk membebankan, tetapi bagi membolehkan Kementerian Pengangkutan mengetahui bilangan penunggang yang ada dalam negara.
"Selain itu penunggang p-hailing yang memiliki lesen GDL akan diberikan kursus pemanduan kerana ada rungutan penunggang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Melalui GDL, kita akan dapat tahu siapa yang bekerja dalam perkhidmatan p-hailing dan apa tingkah laku mereka," katanya.
Wee berkata pindaan turut akan melibatkan had umur penunggang p-hailing kepada tidak kurang dari 18 tahun berbanding 21 tahun, bagi mendapatkan lesen GDL.
"Pindaan had umur ini akan membolehkan Keluarga Malaysia bekerja sebagai seorang penunggang p-hailing dengan lebih cepat," katanya.
Sementara itu beliau berkata MOT dan agensi-agensi dibawahnya akan mengawal selia perkhidmatan perkhidmatan p-hailing bagi memastikan sektor perkhidmatan itu berdaya saing dan kompetitif untuk tempoh masa panjang.
"Pengawalseliaan juga bertujuan menjaga kebajikan penunggang atau pemandu kenderaan yang terlibat," katanya dan menambah, syarat-syarat pengawalseliaan adalah seperti keperluan mempunyai perlindungan insurans bagi penunggang.
Mengenai sesi hari ini, Wee berkata pengendali e-hailing (e-hailing operators) diminta mengadakan lebih banyak sesi perbincangan dengan penunggang p-hailang bagi mengelak berlaku isu mogok kerana tidak berpuas hati isu berkaitan pembayaran.
Sebelum ini tular di media sosial poster dengan perkataan "Off 1 Hari" dan "Food Delivery Blackout Jumaat 5 Ogos 2022" diikuti mesej untuk memboikot servis penghantaran pada hari Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Wee Ka Siong bersama penghantar P-Hailing selepas mengadakan sesi dialog dengan wakil E-Hailing dan P-Hailing di Kementerian Pengangkutan hari ini. - Foto BERNAMA
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Inspektor polis ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
Turunkan hantaran, buat permohonan maaf - Wan Ahmad Fayhsal
Ketua Armada Bersatu itu berkata, sekiranya hantaran itu tidak diturunkan, tindakan undang-undang akan diambil.
Penghantar makanan maut, motosikal bergesel bas
Seorang penunggang p-hailing maut selepas motosikal ditunggangi hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah bas di Lebuhraya Persekutuan.
Pesawat terhempas di Elmina: Kerajaan sedia bantu keluarga Muhamad Hafiz - Steven Sim
Steven Sim berkata pihaknya juga bersedia membantu sebarang urusan keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz di Kuala Lumpur.
Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserah kepada waris
Beberapa individu dipercayai waris mangsa terlibat dilihat hadir seawal jam 8.20 pagi di pekarangan Jabatan Forensik, HTAR.
Pemandu, penunggang p-hailing akan diwajibkan mencarum di bawah Perkeso
Semua pemandu dan penunggang p-hailing selepas ini akan diwajibkan mencarum dengan program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Penunggang p-hailing disyaratkan untuk miliki lesen memandu GDL
Penunggang perkhidmatan p-hailing bakal disyaratkan untuk memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL).
Penunggang p-hailing disamun dua lelaki warga asing
Mangsa seorang wanita berumur 29 tahun itu dipercayai dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan.
Hantar rakaman dashcam 'rider' langgar peraturan kepada polis
Operasi secara berterusan akan dijalankan di beberapa lokasi tumpuan yang dikesan kerap terjadi pelanggaran undang-undang.
Laporan 1,684 penunggang p-hailing maut ketika PKP tersalah tafsir - MOT
Ketika Kempen Keselamatan P-Hailing pada 9 April lepas (2021) tidak merujuk dua pertiga daripada keseluruhan angka 2,576 kematian jalan raya melibatkan penunggang p-hailing secara spesifik.