SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengkaji semula Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) supaya kompaun yang lebih tinggi dan pendakwaan di mahkamah boleh dikenakan terhadap pelaku yang menyalah guna pili bomba.
Menterinya Nga Kor Ming berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan akta itu dapat berfungsi mencegah perbuatan tersebut, memandangkan nilai kompaun dikenakan hanya antara RM100 dan RM500 serta tidak dikaji sejak 1988.
"Saya berpendapat ia tidak cukup untuk menyampaikan mesej, tetapi ia mesti berfungsi sebagai penghalang (perbuatan salah guna pili bomba). Jumlah RM100 hingga RM500 dilihat terlalu ringan, mereka pandang remeh dan jumlah itu mampu bayar.
"Kita akan kaji dan tingkatkan jumlah kompaun tersebut termasuk mendakwa pelaku di mahkamah pada masa akan datang," katanya pada sidang media di Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2022 KPKT di sini semalam.
Terdahulu, Nga menyampaikan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 713 warga KPKT bagi 2022.
Sebelum ini media melaporkan Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff didakwa menyediakan penghantaran air percuma di kawasan Parlimen berkenaan dengan mengambil air dari pili bomba untuk dihantar ke kampung terjejas.
Siti Zailah bagaimanapun menafikan beliau mencuri air daripada pili bomba, sebaliknya mendakwa tindakannya mendapat kebenaran pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan.
Pada 11 Mei lepas, JBPM Kelantan dalam kenyataan memaklumkan seorang kontraktor telah dikenakan kompaun RM100 membabitkan isu tersebut.
Dalam pada itu, mengulas mengenai isu sampah dan penyelenggaraan kebersihan flat kos rendah di Johor, Nga berkata pihaknya mengambil berat dan menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung kekecewaan baginda tentang isu itu.
"Saya sudah terima gambar-gambar (sampah) daripada Sultan Johor berkenaan beberapa lagi flat. Itu akan ditangani segera dalam masa terdekat, dua hari ini," katanya.
Katanya, SWM Environment Sdn Bhd (SWM) selaku operator perkhidmatan pembersihan di negeri itu akan memberikan maklum balas tentang isu dibangkitkan Sultan Ibrahim dan berharap mendapat kerjasama daripada semua agensi kerana ia bukan kesalahan SWM sahaja.
"Ini kerana ada beberapa isu tersebut di luar skop kerja dan kontraknya (SWM). Mereka tidak boleh melebihi bidang kuasanya jika tiada dalam peruntukan kontrak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023
Nilai kompaun di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 hanya antara RM100 dan RM500 serta tidak dikaji sejak 1988. - Gambar hiasan
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
Peruntukan bersyarat kepada wakil rakyat pembangkang - Nga Kor Ming
Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
KPKT arah PBT kompaun individu buang sampah keluar kenderaan
KPKT mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mengeluarkan kompaun terhadap individu yang membuang sampah keluar dari kenderaan serta-merta.
Malaysia tawar diri Presiden Persidangan UN-Habitat bagi penggal 2026-2029
Nga berkata kementeriannya telah dipertanggungjawabkan untuk membuat segala persiapan bagi memastikan matlamat tersebut tercapai.
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Agong berkenan berangkat rasmi HLN 2024 Mei ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor pada 25 Mei.
KPKT terbuka terima cadangan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan berkaitan pencalonan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Polis rakam keterangan 11 individu berhubung nota ugutan diterima Nga Kor Ming
Antara individu yang dirakam keterangan mereka termasuk ibu bapa menteri itu serta jirannya.