KUALA LUMPUR:Penyanyi terkenal tanah air, Roy memaklumkan ujian saringan COVID-19 ke atas dirinya mendapati dia positif pandemik berkenaan.
Menurut penyanyi yang sangat popular dengan lagu Ratnaku itu, ujian tersebut juga mendapati dia berada di tahap keempat penyakit berkenaan dan sudah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Mengesahkan perkara itu kepada portal Harian Metro, Roy atau nama sebenarnya, Mohammad Rauzan Alwi berkata, dia secara peribadi tidak tahu bagaimana boleh dijangkiti pandemik berkenaan.
Roy yang berusia 57 tahun berkata, dia reda menerima ujian itu selain berserah kepada Allah.
“Apa lagi yang boleh dibuat, selain saya kena reda dan tawakal pada Allah. Ahli keluarga saya juga kini menjalani kuarantin di rumah sekarang, manakala restoran keluarga kami di Banting ditutup sementara," kata Roy memetik laporan Harian Metro.
Roy yang terkenal menerusi lagu-lagu patriotik sebelum itu dilaporkan dimasukkan ke Hospital Banting pada tengah malam Sabtu akibat sesak nafas.
Hasil pemeriksaan doktor ke atas bekas peserta program Gegar Vaganza musim keenam itu mendapati terdapat jangkitan kuman pada paru-parunya.
Astro Awani
Mon Jan 25 2021
Roy atau nama sebenarnya, Mohammad Rauzan Alwi, 57, sudah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Gambar fail
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus menekan Israel
Wisma Putra menjelaskan keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza yang menyebabkan kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.
10 Berita Pilihan - (29 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian bercadang anjur jelajah tingkat kesedaran kanak-kanak guna media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Penyanyi lagu Ratnaku, Roy positif COVID-19
Roy sudah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatan rawatan lanjut.
GV2019: Curahan hati siapa bakal menyerlah? Ini senarai lengkap lagu konsert kelima
Selepas kesemua bintang menyerlah dengan pasangan duet masing-masing pada minggu lalu, siapa pula yang bakal berada di kedudukan pertama minggu ini?