KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menghargai penyertaan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebagai parti komponen terbaharu pakatan pembangkang itu, kata pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, penyertaan UPKO ke dalam PH di bawah semangat ‘khemah besar’ pakatan berkenaan amat dialu-alukan.
"Saya mengalu-alukan kemasukan UPKO ke dalam keluarga besar PH yang baru diumumkan Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail petang tadi.
"Ia suatu khabar yang cukup menggembirakan dan bermakna tatkala PH sedang merangkul seberapa besar kekuatan kita dalam mengangkat denyut nadi rakyat berbilang kaum, termasuk kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam era yang sangat mencabar hari ini.
"Tantangan (tentangan) kesihatan dan ekonomi saat ini sangat besar, dan ia memerlukan kekuatan semua, dan dari pelbagai pihak.
"Saya hargai kebersamaan ini serta semoga kita dapat bersama merencana strategi yang ampuh dan rapi dalam menyediakan bangsa dan negara untuk fasa pasca COVID-19 kelak," katanya.
BACA: UPKO parti komponen terbaharu Pakatan Harapan
Pada petang Khamis, Saifuddin mengumumkan UPKO diterima sebagai parti komponen terbaharu PH di bawah semangat ‘khemah besar’ pakatan tersebut.
Menurutnya, keputusan untuk menerima permohonan UPKO dibuat dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini.
Astro Awani
Thu Aug 26 2021
Anwar berkata, penyertaan UPKO ke dalam PH di bawah semangat khemah besar pakatan berkenaan amat dialu-alukan. - Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Sambutan ulang tahun UPKO ke-30 pada Ogos ini - Ewon
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan parti itu pada 9 Ogos depan, kata Presidennya Datuk Ewon Benedick.
Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO
Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.
UPKO tidak akan sokong sebarang usaha ganti kerajaan melalui "tebuk atap" - Ewon
UPKO berpendirian tidak akan menyokong sebarang usaha menggantikan Kerajaan Perpaduan sekarang secara "tebuk atap".
Autonomi PH Sabah harus dikekalkan - UPKO
Ewon Benedick berkata ia harus dikekalkan bagi membolehkan gabungan itu membuat sebarang keputusan demi kepentingan parti dan rakyat Sabah.
PH Sabah nafi laporan Musa Aman ketuai gabungan negeri
Pakatan Harapan (PH) Sabah menafikan laporan sebuah portal berita tempatan kononnya bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman bakal mengetuai gabungan politik itu.
Formula pemberian khas hasil Persekutuan kepada Borneo dimuktamad dalam setahun
Jawatankuasa Teknikal MA63 setuju tetapkan tempoh satu tahun untuk memuktamadkan formula pemberian khas hasil Persekutuan kepada kerajaan negeri di Borneo.
UPKO beri jaminan kekal bersama Kerajaan Perpaduan
UPKO memberi jaminan akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan walau apa juga keputusan Pilihan Raya Negeri di enam negeri pada 12 Ogos ini.
Kelulusan Rang Undang-undang Antilompat Parti lebih penting - Ewon
Ia adalah lebih penting bagi melarang wakil rakyat keluar parti selepas pilihan raya berbanding pemansuhan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah.
Kalimah Allah: Cari pendamaian nasional, bukan 'menangguk di air keruh' - Madius Tangau
Semua pihak diseru agar mencari pendamaian nasional dalam kontroversi penggunaan Kalimah Allah dan bukannya menangguk di air keruh.
UPKO, PBRS fokus usaha bangunkan Sabah
Datuk Ewon Benedick dan Datuk Arthur Joseph Kurup akan menjalin kerjasama melalui kementerian masing-masing bagi pembangunan di negeri Sabah.