KAMPAR: Perak menanam sebanyak 7.88 juta pokok setakat ini melebihi sasaran enam juta yang ditetapkan kerajaan Persekutuan melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata, kempen yang dimulakan pada tahun 2021 itu sepatutnya menyasarkan tanaman semula pokok sebanyak dua juta setahun namun dalam tempoh tiga tahun negeri ini telah melebihi sasaran ditetapkan.
"Ia tidak termasuk 10,000 pokok (ditanam) oleh Aeon Credit Service (M) Berhad (Aeon Credit) hari ini, dengan kerjasama pelbagai pihak kita yakin sasaran 100 juta pokok boleh kita capai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemuliharaan Biodiversiti (Afforestation) Aeon Credit di Taman Alam Kinta, di sini, pada Sabtu.
Sementara itu, bagi mengekalkan biodiversiti alam semula jadi kerajaan negeri akan meningkatkan penguatkuasaan di hutan simpan kekal negeri bagi mengelak pencerobohan kawasan berkenaan.
Terdahulu pada Khamis lepas, lapan rakan masing-masing didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Kangsar selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Hutan Simpan Banding tanpa permit pada Mac lepas.
Sementara itu, Pengarah Urusan Aeon Credit, Daisuke Maeda dalam ucapannya berkata, program hari ini merupakan inisiatif kerjasama strategik untuk memulihkan biodiversiti di Taman Alam Kinta selaras dengan usaha berterusan Aeon Credit ke arah mewujudkan persekitaran lebih mampan untuk masyarakat setempat.
Beliau berkata, projek dengan kerjasama Perbadanan Taman Negeri Perak (PSPC) dan FRIM Incorporated Sdn. Bhd itu menyasarkan menanam semula 10,000 pokok hutan spesies tempatan dan spesies daripada Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) serta spesies pokok buah-buahan menjelang September 2024.
"Kerjasama yang luar biasa ini menandakan permulaan perjalanan transformatif bagi menambah baik biodiversiti taman ini selain menyumbang ke arah tindakan perubahan iklim melalui sekuestrasi karbon," katanya.
Beliau berkata, kumpulan itu juga akan bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan pokok-pokok ini selepas ditanam.
"Selepas 36 bulan, Aeon Credit akan menyerahkan pokok yang ditanam kepada PSPC yang bercadang untuk membangunkan kawasan itu menjadi destinasi ekopelancongan," tambahnya.
Program pada Sabtu turut melibatkan 600 sukarelawan termasuk pegawai kerajaan daripada agensi negeri, pelajar universiti tempatan serta pengurusan dan kakitangan kumpulan Aeon Malaysia.
Mereka bekerjasama menanam 2,000 pokok sebagai permulaan di kawasan konservasi taman itu yang merupakan bekas tapak lombong bijih timah dan kini menjadi habitat kepada lebih 150 spesies burung.
- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024
Saarani (enam dari kiri) berkata, kempen yang dimulakan pada tahun 2021 itu sepatutnya menyasarkan tanaman semula pokok sebanyak dua juta setahun namun dalam tempoh tiga tahun negeri ini telah melebihi sasaran ditetapkan. - Gambar FB Saarani Mohamad
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir Sibu - TPM Fadillah
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Melaka mohon kelulusan pengisian penjawat awam
Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan mempertimbangkan agar pengisian perjawatan tetap sehingga mencapai siling yang ditetapkan iaitu 92 peratus diluluskan.
Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman akan membangkitkan isu status bebas cukai pulau itu yang semakin terhakis kepada kerajaan Persekutuan.
Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung.
Tuntutan China dalam peta tidak jejaskan Sarawak - Abang Jo
Tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam 'Peta Standard China Edisi 2023', tidak mempunyai kesan terhadap Sarawak.
Kerjasama kerajaan Persekutuan, Johor penting untuk beri dampak menyeluruh - PM
PM dan MB Johor bincang pelbagai perkara berhubung kait tatakelola dan peruntukan bagi pembangunan dan ekonomi Negeri Johor.
Segerakan pelaksanaan baki pakej Lebuhraya Pan Borneo - Hajiji
Kerajaan Sabah menggesa kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu.
Johor zahir terima kasih kepada kerajaan Persekutuan luluskan peruntukan banjir
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta.